Be My Lovely Follower

Thursday, December 2, 2010

Perginya Tiada Pengganti

Kembali bersiaran. Aku baru mula kejer hari ni lepas 2 hari aku bercuti. Semalam petang sampai pukul 5 petang dan terus ambik Syakil. Rindu giler kat dia. Isnin lepas aku ader buat entry ini kan. So lepas jer post entry tue ayah aku call yang tok ayah aku dah kritikal dan dr dah tak boleh nak buat aper2 lagi. Diaorg mintak bawak balik umah jer. Then ayah aku mintak balik segera. YaAllah betapa kelam kabutnya aku. Dalam kepala dok terfikir Si Syakil macam mana. So aku mintak balik awal kat bos then terus pegi umah ibu Syakil dan mintak tolong sangat2 jagakan si Syakil. Aku tak boleh nak bawak dia balik naik bas sebab aku tak mampu nak handle dia. Then aku rush balik umah hantar kete and terus amik barang aper yang patut, then jalan kaki pegi station teksi terdekat. Punya la jauh aku rasa nak sampai, sabar jer ka. Naik teksi sampai jalan duta then dapat tiket bas jam 6.30 petang. Hujan punya la lebat sepanjang jalan. Aku sampai SP jam 12.30 pagi dan sampai kampung hampir pukul 2 pagi. Tok ayah aku tengah sangat2 nazak masa tue. Aku sempat bacakan sekali Yassin tapi tak sempat nak habis pun, sebelum dia meninggal. Pertama kali dalam hidup aku tengok nazab kematian depan mata aku. Tok Ayah aku pegi dengan tenang. Kami kena Redha. Sesungguhnya dari Dia kita datang dari Dia kita Dikembalikan. Mohon Jasa kawan2 semua sedekahkan Al-Fatihah kat Arwah Tok Ayah aku. Al fatihah. Nanti ade masa aku akan buat entry khas pasal tok ayah aku sepanjang aku tinggal ngan dia lepas mak aku meninggal. Kami adik beradik sangat rapat dengan Arwah.......


0 comments: