Be My Lovely Follower

Wednesday, December 15, 2010

Sedapnya bubur Asyura atau bubur sora org utara panggil...

Skang bulan Muharram kan. So kalau dulu masa belajar n masa kat kg tiap kali bulan Muharram msti ada aktiviti kacau bubur Asyura ni. Dulu kalau kat sekolah kami akan bawak bekas n bila dah masak cikgu akan isi bekas untuk bawak balik umah. Terasa kat tekak kesedapan bubur ni. Aper yang pasti lain tempat lain versi buburnya kan. Kalau kat kedah bubur sora ni macam kuih tapi ada jugak yang macam bubur lambuk kan. Aku rasa thun ni nak try buat sendiri la. Hujung minggu ni mungkin. Aku ade search resepi tadi. So aku kongsi kat sini eh. Ni version utara punya. Ala2 kuih gitu.
Kalau kacau atau masak guna kawah jadi warna kelabu ok. Ni guna kuali biasa kot. Gambar en google jer.
Bubur Sora Versi Utara
Resepinya

bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka

cara:

1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong lah.

Note: Adakah kalau aku buat menjadi. Tunggu k. Kalau jadi aku upload la nanti he..he..

2 comments:

ieda said...

saya suka sesgt bubur sora..tapi mesti versi kedah.pernah dapat yg versi pantai timur...takleh nak telan.depa masuk dgn daging sekali..

tapi nak buat mmg al-malas.lambat masak.

Fieza said...

Yer la versi bubur lambuk pun ader kan. Tu la lambat masak. Nak try buat sikit jer..hi..hi..