Be My Lovely Follower

Tuesday, January 18, 2011

His first experience take nebulizer...

Bersiaran dihari Selasa. Semalam aku cuti emergency sebab my lovely son demam. Syakil sepanjang 2 tahun ni kalau demam jer msti hari Isnin..hu..hari cuti sihat aktif jer. Tapi start ahad malam tue dia dah teruk. Dengan demam, selsema, batuk n muntah. Complete package. Mmg sepanjang malam asyik merengek jer coz hidung dia tersumbat. Mmg kepala aku pun weng2 je pagi semalam sebab tido tak cukup. Last2 decide cuti jer terus. Masa kul 4 pagi macam tue aku perasan yang nafas dia laju semacam jer. Then kat leher dia bila nafas jer berlekuk. Aper yang aku tahu kalau leher berlekuk mean sesak nafas atau asthma kan. Dia x pernah kalau batuk or selsema jadi macam tue. Ni first time. Disebabkan Syakil mmg ader chances high risk asthma maka aku terus jer bawak pg kecemasan hospital ampang. Check punya check mmg nafas dia berbunyi n kena ambik gas. Tapi dia punya meraung punya la tak tahan aku. Al maklumla nak paksa budak besar ni susah sket. Aku ngan Mr hubby terpaksa pegang kuat2 nak elak dia meronta. Kalau meronta saja tak per gak ni dia becakap tak nak2 tolong2 tak nak. Nak gelak aku. Last2 dia tertido. Penangan budak yang tak pernah kena neb sepanjang 2 tahun ni. Tapi aku nak bg komen negatif sket pasal hospital Ampang semalam. Service sangat lembab. Sampai pukul 4.30 petang aku masih menunggu dr untuk check sedangkan aku datang pukul 1 tengah hari. Mmg hampeh. Last2 aku belah jer. Ambik ubat kat poliklinik swasta n check jer kat situ. Macam maner la orang nak sokong klinik kerajaan kan. Aku bengang bukan per, Dr ader jer tapi sorang pun tak reti nak bertindak. Bila pegi tanya jer cakap kejap lagi. Macam hampeh jer. Skang baru proses nak ambik insurans Syakil. Lepas ni senang kalau sakit. Hu..hu.

2 comments:

alyyani said...

syakil tak sihat eh fieza. mak ai lama nya menunggu turn.

p/s : neb tu kalau budak menangis lagi bagus sebenarnye sebab gas terus masuk ke paru2 dia bole terus cairkan kahak.

hehehe.. pengalaman dari org yg anak2 dia dah biasa kena neb. take care :)

Fieza said...

thanks alyya..he..he..nia ngan adel dah selalu msti tak nangis dah kan..