Be My Lovely Follower

Wednesday, January 19, 2011

Bread Butter Puding (New Resepi)

Hujung minggu lepas berkesempatan nak buat Puding Roti resepi baru yang aku lum pernah lagi cuba. Actually aku ambik resepi ni dari page facebook seorang kawan. Kak zie namanya. So aku nak share dengan semua resepi Bread Butter puding version lain sket dari resepi yang selalu aku jumpa kat internet. Tapi rasanye tetap sama jer coz kita tetap guna bahan base yang sama jer. Cuma teknik buat jer sedikit berbeza.


Resepi Bread Butter Puding

6 Keping Roti
200 ml susu cair
200 ml susu segar
susu pekat manis
4 sudu Gula pasir
Sedikit madu
4 biji telur ( Guna 2 biji kuning telur saja)
Butter
Kismis
Sedikit Esen Vanila

Cara2nya

Adunan A

Susu cair, susu segar, gula pasir, telur dan esen vanilla dicampur dan dipukul sedikit. Gunakan mixer atau blender pun boleh.

Adunan B

Roti dipotong dua dan disapu butter serta susu pekat dan ditabur gula. Susun berlapis dan diletak sedikit madu disetiap lapisan. Buat hingga roti habis

Masukkan adunan A kedalam adunan B dan tunggu roti hingga kembang. Sementara itu panaskan oven. Bakar selama lebih kurang 20-30 min. Setelah masak kuarkan dari oven dan sapukan susu pekat diatas roti dan biarkan sejuk sebelum disejukkan dalam peti ais. Mudah dan senang kan. Selamat mencuba.
 

3 comments:

Fieza79 said...

penah buat ni masa sekolah2 dulu je..time ERT masak2 time...skrg nak buat pon dh tak tau cara...

Fieza said...

Senang jer nak buat. Yang penting sedap dimakan

Nadeeyazie Nordin said...

sedapnyer...terharu kak zie tgk resipi simple akk dicuba...simple dibuat n simple dimakan kan.. ;)