Be My Lovely Follower

Monday, January 24, 2011

Kemaruk makan limau mandarin

Bukan sebab aku mengandung aku jadi kemaruk tapi aku mmg sangat2 addicted dengan limau mandarin. Mmg suka sangat2 la orang cakap. Every year aku akan pastikan aku kan beli sekotak limau mandarin dah aku hampir habiskan seorang sahaja. Mu hubby tak suka sangat yang masam2 ni walaupun limau tue sebenarnya rasanya manis gak. Tapi tahun ni harga agak mahal kan. Walupun mahal aku tetap beli gak. Bila makan jer rasa tak puas jer. Lama2 habis sekotak. Last week aku dah beli sekotak dan habis tak sampai seminggu. Rasa macam tak puas lagi la makan. So sebelum balik kampung aku rasa nak kena pegi cari lagi sekotak la buat stok pas raya Cina. Setahun sekali jer ade buah ni so kena la makan puas2 kan. Mr hubby pun pelik tengok aku makan. Tapi tue la kesedapannya tak dapat aku gambarkan dan aku betul suka sangat. Korang suka tak. Kalau kejer company Cina msti leh dapat buah free jer kan.

Ni khasiat limau mandarin yang aku google2

Khasiat Perubatan :
  • Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.
  •  Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
  • Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.
  •  Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
  • Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan.
  • Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
Tak sia2 makan sebab banyak khasiat untuk body kita kan..