Be My Lovely Follower

Friday, January 14, 2011

Senangnya memasak ikan bakar, Sedap dan dijamin kebersihannya...

Actually dah 2 minggu berturut-turut aku ngan Mr hubby memasak ikan bakar dihujung minggu. Kami bangun awal pagi n shoping ikan fresh kat market talapia yang hidup lagi tue. Manis isinya. Memula 2 minggu lepas kononnya nak buat ikan bakar special yang bau wangi maka kami cuba menggunakan arang dan bakar kat luar. Tapi sangat la susah teknik ni sebab bukan senang nak buat bara guna arang tue. Banyak tenaga dihabiskan hu..hu..Dan hasilnya tak la best mana pun. Seperti kita sedia maklum kalau kat kedai2 makan sekarang ni diaorg bakar guna dapur gas jer kan. Tapi kalau ader kuali leper yang tebal yang warna  hitam tue senang la nak masak kan. Tapi aku non ada. Maka Mr Hubby tak puas hati ngan hasil ikan bakar guna arang berazam nak bakar lagi esoknya guna dapur gas tapi hanya guna kuali biasa saja. Sanggup pg market tue cari ikan. Dan hasilnya sangat cantik ok. Sama jer macam bakar guna arang.
Last week aku lak teringin nak makan ikan terubuk maka bakar lagi ikan terubuk lak. Dan menjadi jugak hasilnya. Sangat puas hati, murah dan berbaloi. Dan paling penting kebersihan terjamin sebab kita sendiri yang basuh ikan tue semua. Kalau kat kedai tue kadang2 kita tengok perut pun tak habis cuci kan. Then kena bayar ngan harga yang mahal lak tue. Kalau terubuk sekor mahunya belas2 ringgit yer tak. Tapi beli ikan n buat ramuan semua kos tak sampai 10 ringgit pun. Sangat puas hati dan berbaloi2 kan...Gambar bakar ika guna dapur gas aku lupa nak ambik termasukla ikan terubuk minggu lepas. Yang ade ikan guna arang yang buruk rupa. Layan jer la ek.
 Hancur ikan aku sebab asyik dok alih jer
 Air asam yang mantop
 Ayam bakar hidangan sampingan
 Ikan Kembong
 Tom Yam Sayur

0 comments: