Be My Lovely Follower

Tuesday, May 10, 2011

Perihal result BSP yang buat aku senyum sampai telinga

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mengharungi 4 kali ulang alik ke klinik semalam. Penat mmg penat..Kesian jugak kat Syakil coz  aku terpaksa bawak dia sekali ulang alik. Sampai balik semalam melepek jer kepenatan. Hari ni dah menunjukkan simpton2 tak sihat. Syakil kalau pegi Klinik jer balik msti dia akan selesema, batuk n demam. Antibodi dia tak cukup kuat kalau pegi tempat macam tue..

Alkisahnya semalam start dari kul 8 pagi aku dah tercongok kat kk. Then selesai ambik darah semua aku balik umah n datang balik seterusnya kul 12 tengahari. Then balik umah lagi dan datang pulak kul 5 petang. Dan masa kul 5 tue aku tak larat dah nak balik umah maka aku bawak Syakil jalan2 kat tesco ja. Kul 7.45 malam aku pegi balik untuk sesi terakhir.

Dan keputusan test semalam sangat menggembirakan aku. Tak sia2 control makan n tak sentuh nasi langsung. Result semalam seperti berikut:

8 pagi: 4.9 - tak tahu naper tinggi sebab malam aku tak makan nasi pun. Just roti n sayur je
12.30 tngah hari - drop ke 4.2 sebabnya aku tak makan just minum air kosong jer. Aci tak ha..ha..
5.30 petang - Drop lagi ke 3.8 macam tak cukup gula lak. Aku makan just sup sayur,roti wholemeal n buah epal hijau tapi tak tahu naper result drop lak.
8.30 malam - 3.9 sebab aku just makan biskut jer 2 keping untuk alas perut.

Dari result tue aku harap dr puas hati n aku tak payah retest lagi he..he..Lega sangat bila dah lepas. Balik umah baru aku hentam makan nasi puas2. Kesian baby sebab mama dia ikat perut seharian. Dan semalam jugak buat pertama kalinya aku drive waktu malam. Alhamdulillah kami selamat sampai umah even beberapa kali break emergency sampai syakil marah aku. Bukan per aku tak perasan ade bonggol pastue bawak malam2 ni silau mata kan. Per2 pun semalam hari happy untuk aku hi..hi..

0 comments: