Be My Lovely Follower

Thursday, December 20, 2012

Kerjaya VS Anak-anak

Dah lama tak bercerita pasal diri aku kan. Tentang kehidupan aku selapas tak keje. Tercapaikah ape aku pernah tulis kat sini dulu? Dapatkah aku laksanakan impian aku dulu selepas berhenti keje? Gembirakah aku dengan kehidupan skang? Hmm banyak persoalan kan.

Selepas lebih 2 tahun tak keje dan hanya menjadi full time housewife membesarkan anak2. Aku tak buat ape2 busines pun sebabnya aku rasa aku tak de talent nak berniaga. Aku tak tau cam ne nak mulakan. Mr hubby pernah tawarkan aku modal untuk business tapi aku takut nak ceburkan diri. Aku pernah terfikir nak bekerja semula bila anak dah besar tapi dengan pengalaman tak seberapa gaji yang ditawarkan tak berbaloi sangat bila dah tolak kos2 yang terpaksa dibayar bila aku keje.

Hinggalah awal bulan 11 hari tue masa tengah sibuk mencarikan sekolah untuk Syakil aku terfikir nak apply jadi guru tadika. Kebetulan area rawang ni ade Little Caliph cawangan Rawang baru nak buka so aku mencuba nasib menghantar resume dan akhirnya dipanggil interview. Rezeki berpihak kepada aku apabila aku terpilih antara 3 orang yang interview hari tue. Gaji yang ditawarkan standard guru tadika la 1k++. Memula aku ingat guru tadika hanya setengah hari atpi sebaliknya Little Caliph ade transit so kena keje sampai 6 petang.

Aku datang lapor diri dan mendapat jobscope tentang tugas2 yang perlu dilaksanakan. Memang masa kerja sangat panjang dan bg aku komitment juga tinggi. Aku boleh terima lagi semua tugas tue tapi bila masuk bab yuran anak aku tetap kena bayar syakil harga school n transit yang sama macam budak2 lain aku dah rasa x best dah. Then aku mintak nak bawak Syafi petang tapi pengetua tak bagi mean aku tetap kena hantar pengasuh fullday malahan kena charge overtime lagi sebab aku mesti balik lebih pukul 6 punya. Hmm dah rasa macam tak boleh nak go ngan kejer ni.

Then balik bincang ngan hubby bagai aku akhirnya buat keputusan tolak job ni. Aku nak kerja guru tadika ni sebab ingat 2 in 1 aku leh hantar anak sekolah n kejer sekali tapi sebaliknya kalau aku terima job ni mean anak2 aku lak terabai. Mungkin boleh accept kalau gaji setimpal tapi bagi aku mungkin lebih sesuai untuk orang belum kawin kot.Aku sayang anak-anak lagi dari keje untuk gaji tak seberapa ni.

So, aku kembali jadi suri rumah yang tak perlu nak fikir banyak masalah. Cuma aku berazam nak ubah hidup aku. Aku nak buat sesuatu yang at least dapat banggakan suami aku. Bagi aku bagi usia skang ni kalau nak tambah income nak cari kejer makan gaji mmg tak kan dapat gaji ok dengan pengalaman aku yang sikit tue pun bukan bidang aku. So mungkin kena cari kekuatan buat business jugak. Harap impian aku berjaya. Orang lain boleh aku pun boleh demi keluarga n masa depan aku. Doakan aku berjaya k..keep smiles always......cheers

4 comments:

Unknown said...

Salam kak.. Saya nk minx kak tlg share pengalaman jadi guru tadika kt caliph.. Sbb sy dpt iv kje kt situ.. Tp jauh.. Nk minx tnya pendapat kak y pnh keja kt situ.. Tlg wasap sy..0134160431.. Terima kasih

Unknown said...

Salam kak..sy nk minx kak share pnglmn kja kt caliph.. Sbb sy dpt interview kja kt situ.. Tp xsure nk p ke x.. Tlg wasap sy

lynn said...

saya pn surirumah mcm akk juga..n jaga anak kecik sorg..ada little caliph baru buka dkt2 ngn rumah ingat nk g try jd cikgu tadika alang2 boleh anta n jaga anak skali..tp mcm akak ckp..mcm x berbaloi je..silap2 saya anak plk yg terabai..t.kasih ye atas perkongsian

Anonymous said...

westbrook shoes
curry shoes
steph curry shoes
fear of god essentials
giannis antetokounmpo shoes