Be My Lovely Follower

Monday, July 5, 2010

Plan A yang tak menjadi diteruskan dengan Plan B

Skang ni tiap2 minggu destinasi kami sekeluarga adalah ulang alik rumah kami kat Rawang jer. Iyerlah selagi tak pindah selagi tue la kena ulang alik kat sana. Last week sepatutnya janji ngan kontraktor untuk buat sedikit renovation kat dapur tapi malangnya tak jadi coz contraktor tue tak datang lak..last2 mr hubby dah giveup n minggu ni dia sendiri yang nak buat. Aku macam tak yakin gak seorang engineer nak wat kejer2 kontraktor ni tapi dia yakinkan aku boleh buat so nanti kita tengok hasilnya k..Bercerita pasal renovation ni sebenarnya kitchen cabinet umah aku tue ader masalah sket. Aku lum pernah story lagi dalam blog ni. Kitchen cabinet umah aku tue tak ikut standard la ketinggian dia. Agak sangat tinggi iaitu 38 inci compare sepatutnya tinggi dalam 34-36 jer. Mmg susah nak wat keje bagi org yang rendah macam aku ni. so mr hubby bercadang nak pasang tiles dalam 2 inci lagi untuk solution hal ni. So petang Jumaat lepas lepas kejer ambik Syakil n kitaorg gerak ke Batu Caves coz kawan opis dia kata ader jual tiles kat situ. Cari punya cari jumpa la satu kedai ni tapi malangnya nak kena order lak size tiles yang mr hubby nak so tak jadi la belinya. Dia mmg frust tapi aku gtau esok pagi cari lagi la. Destinasi seterusnya kami ke Giant Batu Caves. Sajer nak jenjalan coz tak pernah pg lagi. Lagipun tak lama lagi nak jadi warga batu caves. Boleh tahan harga kat sini. Ader banyak promotion. Aper yang aku dok kaji Giant ni harga dia tak sama tiap2 branch. Ader beberapa barang barang yang kami beli tapi lupa lak nak snap pic. 

Esoknya pagi2 mr hubby request nak makan nasi tomato ayam masak merah. Nak bawa bekal pegi umah baru katanya. Aku pun masak la. Kalu ikutkan plan asal tak nak dah masak coz hari ni ader kenduri kat bawah. Dia gtau aku kalu tak dapat gak cari tiles dia tak buat la tapi tetap balik lambat coz ader banyak lagi kejer lain nak buat. So tengahhari tue aku pg makan kenduri ngan adik ipar aku jer la. Dan seperti yang dijangkakan mmg tiles tak dapat di beli tapi mr hubby ader misi lain yang dia buat. Balik umah agak lambat dekat kul 7 gak la..Aper dia buat nanti aku citer di next entry. Entry ni tanpa gambar coz aku tak der camera nak snap gambar pengantin semua. Misi hari ahad kitaorg akan bassuh umah. Nanti aku cerita lagi k. 

Thursday, July 1, 2010

Fakta tentang jumlah Website Di Dunia

Just nak kongsi info yang aku dapat. Setakat June 2010 jumlah website yang tersenarai didunia berjumlah  206,956,723. Jumlah ni adalah hasil Web Server Servey. Jom baca article ringkas kat bawah. Aku tak translate k, hope korang faham2 jer..hi..hi..

In the June 2010 survey we received responses from 206,956,723 sites.This month's numbers show a mixed picture with two of the five major web servers gaining hostnames in the last month and the other three recording losses.  A similar trend was recorded for active sites.The largest increase in the number of hostnames served was for Google, which gained 3M due to increased activity at Blogger. The other web server to do better this month than last was Microsoft which served 1.8M more hostnames, 1.2M in the United States.  This was not the result of a single increase, but  significant growth at Microsoft Corp, GoDaddy Inc and VPLS Inc.nginx was the largest overall loser of hostnames, serving 2.2M fewer than last month. 1.6M of this loss came in China as a result of drops at China Telecom, China Unicom and the Data Communications Bureau of Tianjin Province; the result of stale blogs at sohu.com, blogbus.com and hexun.com being expired from the survey. Apache served 871k fewer hostnames worldwide and although not the largest overall loser, this figure actually masks much larger changes that occurred in individual countries.  The most significant took place in opposing directions in the United States and the United Kingdom. Apache served 2M more hostnames in the UK this month as a result of colossal growth at Real International Business Co, which saw an increase of more than 1.9M hostnames. However, all of the new hostnames attributed to them in the survey resolve to a single IP address. Meanwhile, in the US, Apache lost 3M hostnames at ThePlanet.com resulting in an overall loss of 2.5M in the country. The vast majority of these expired sites are due to Netcraft expiring stale accounts on the xorg.pl redirection service out of the survey.

Total Sites Across All Domains August 1995 - June 2010


Market Share for Top Servers Across All Domains August 1995 - June 2010


Developer May 2010 Percent June 2010 Percent Change
Apache 112,663,533 54.68% 111,792,321 54.02% -0.67
Microsoft 52,062,154 25.27% 53,865,345 26.03% 0.76
Google 12,357,212 6.00% 15,375,950 7.43% 1.43
nginx 13,490,726 6.55% 11,264,229 5.44% -1.11
lighttpd 1,869,658 0.91% 1,704,797 0.82% -0.08

 Untuk maklumat lain klik kat sini. Statistik setiap bulan ade dinyatakan dalam tue.

Hari ini Saya Puasa................

Hari ni 1 July bersamaan 18 Rejab. Dah separuh bulan Rejab. Sekejap jer masa berlalu kan. Dlam sebulan lebih jer lagi nak puasa n dua bulan lebih lagi nak raya. Aku baru sempat puasa sehari dalam bulan Rejab ni coz last week kawan baik aku datang. Niat dihati nak puasa ganti n sunat dibulan Rejab ni. Hope aku berjaya. So hari ni aku start puasa n harapan esok pun nak puasa gak. Cuma time cuti mmg tak dapat la nak puasa coz bila duduk umah ni macam2 nak masak so terliur karang susah lak. Disebabkan kewangan tak berapa memberangsangkan aku plan nak masak sendiri jer petang ni. Menu yang bermain difikiran aku adalah.....Mee Kuah. Orang utara panggil mee kuah tapi lebih kurang sama macam mee rebus gak la. Tadi aku dah google2 resepi so hasilnya aku dapat beberapa resepi kat bawah. Yummy tak sabar nak balik masak. Jom kita try sama2 k.

Ikhsan dari Pak cik Google

Resepi 1
A. Mee Tomato (resipi ibuVogue)
Bahan-bahan
ubi keledek kuning
daging
serai 3 batang
sos tomato Aminah Hassan (atau yang sama dengan nya)
fish ball. fish cake
bawang merah, bawang puteh, halia
cili kering di blend

mee
sawi, taugeh, (di celur)
telur rebus
cili besar di potong
daun sup/bawang mayang halus
bawang goreng

rebus ubi keledek sampai tender,
jgn buang air rebusan.simpan
blend/lenyek

Cara Memasak Kuah Mee 

1. Tumis bawang merah, bawang puteh dan halia.halia ni sikit je.
2. Naik bau masukkan cili kering yg diblend tadi , daging ,serai yang diketuk,masukkan semua sekali
3. Agak agak daging dan cili dah sebati masukkan ubi keledek yg di blend tadi+ air rebusan ubu keledek
4. tunggu sampai gelegak, masukkan fish cake, fish ball..dan sos tomato tadi..kalau botol kecik dlm setengah botol la..( untuk periuk berdiameter 21cm)
garam gula secukup rasa

kuahnya akan kelihatan kemerahan dan agak pekat..rasanya mcm pedas+manis +masam


Resepi 2
B Kuah Mee (Resipi AuntyN)

Bahan-bahan
Mee dan perencah-perencahnya
1 kg Mee kuning
1/2 kg taugeh
2 keping tahu basah (di perap dengan garam, di goreng dan di potong nipis)
2 keping fish cake (kalau suka digoreng dan di potong halus halus)
Beberapa biji fish ball ( digoreng dan di potong halus)
Daun bawang, daun saderi di potong halus
Bawang Goreng
Telur rebus yang di potong juga
Ubi kentang (direbus hingga empuk dengan kulit, kupas kulit dan potong nipis)
Cucur udang yang nipis dan rangup kalau rajin lah.

Untuk Kuah
400 g daging kisar (ayam atau daging)
4 - 5 biji (bergantung kepada saiz ubi) Ubi keledek yang kecil
2 biji ubi kentang
2 biji tomato buah
3 -4 sudu makan cili kering yang telah di blend halus
Bawang merah, bawang putih (diblend bersama cili kering)
Sedikit sos tiram, kacang tanah yang dikisar dan kicap
Garam

Cara Memasak Kuah
1. Ubi keledek dan ubi kentang di rebus dan di blend sehingga hancur lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk
3. Masukkan cili dan bawang2 yang telah diblend sekali, kacang tanah.
4. Masukkan daging kisar (kalau suka boleh tambah udang/ketam ke dalam kuah mee)
5. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai.
6. Rebus sehingga daging menjadi empuk
7. Masukkan garam, sos tiram kalau ada dan sedikit kicap.
8. Masukkan buah tomato yang telah di belah ke dalam kuah
9. Angkat dari api apabila sudah mendidih dan daging telah empuk.
10. Gorengkan bawang merah dan bawang putih yang di mayang halus dan masukkan ke dalam kuah mee.
11. Boleh juga masukkan daun saderi ke dalam kuah untuk menambah rasa dan bau.

Menyediakan mee basah
Rendam mee buat seketika sebelum di basuh. Ini untuk membuang bau kimia pada mee kuning.
Rebus air di dalam periuk dan masukkan mee kuning
Apabila mee sudah lembut, tos kan air panas dan basuh mee tadi dengan air sejuk sehingga mee menjadi sejuk. Kanji dari mee akan keluar dan mee tidak mlekat-lekat.
Hidang kan

Celur taugeh dalam air panas mendidih buat seketika.

Bila semua dah tersedia, masukkan mee, taugeh dan perencah-perencah mee tadi dan masukkan kuah. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun bawang/saderi. Kalau suka tambah dengan cili muda yang di potong.

Resepi 3

MEE KUAH KAK NAB - diambil dari Chef Wan

Bahan Bahan

1 kg tulang rusuk (dengan sedikit isi)
300 gm daging lembu (dihiris)
air (untuk merebus)
500 gm udang segar (dikupas kulit dan direbus)
minyak (untuk menumis)
1 cawan sos tomato
1 kg ubi kentang (direbus dan dilecek)
garam dan gula secukup rasa
air rebusan kulit udang

Bahan Bahan (sampingan)
1 kg mee kuning (dicelur)
4 keping tauhu (digoreng dan dipotong)
5 biji telur (direbus dan dibelah)
5 biji cili merah (dihiris)
400 gm taugeh (dibuang ekor)
3 tangkai daun bawang } dihiris
6 tangkai daun saderi }
2 biji limau nipis

Bahan Bahan (kisar)
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili merah

Cara Menyediakannya
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk, tapis untuk airnya, hiris daging nipis- nipis, ambil juga daging dari tulang rusuk tadi, letak di dalam pinggan hidangan.
2. Rebus kulit udang kemudian tapis dan ambil airnya.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak, masukkan air rebusan daging, air rebusan udang, sos tomato, garam dan gula.
4. Kacau sehingga kuah mendidih dan masukkan kentang lecek.
5. Masak sehingga mendidih sekali lagi (Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.), perlahankan api dan renehkan selama 8-10 minit.
6. Sajikan kuah bersama semua bahan sampingan.


Wednesday, June 30, 2010

End of Month With no Salary

Aper perasaan korang kalau benda di atas jadi kat korang. Mesti macam aper aku rasa skang ni kan. Actually aku dah citer dalam entry last two month yang company aku kejer skang ni mmg dah tahap kritikal. Tak de projek yang masuk n majikan aku tak dapat nak pusing modal. Actually pekerja sini hanya dua orang iaitu aku ngan Fatin kawan opis aku. Kitaorg dah berbincang ngan bos hujung bulan 5 hari tue nak berhenti jer coz tak nak susahkan dia dan syarikat. Tapi malangnya dia tak berapa nak bagi kami berhenti coz dia still nak survive lagi ngan company ni, Kami jadi serba salah coz dah lama bekerja ngan dia..so atas dasar itu kami tak jadi berhenti dengan harapan company akan terus ok dan gaji kami tak sangkut lagi. Tapi sampai skang ni company makin teruk n bunga2 gaji kami yang dah tertangguh 2 bulan masih belum dapat. Pening kepala aku fikir hal ni. Kesian kat bos n diri aku yang susah..hu..hu..Bulan ni mmg aku sangat2 sesak disebabkan peristiwa mlang hilang dompet hari lesap semua duit aku. Aku kesian sangat kat Mr hubby yang kena bayar macam2 bulan ni. At the end cash yang ada tak dapat nak bayar hutang keter lak kalu aku gagal dapat gaji bulan ni. Tue tak termasuk insurance aku yang nak kena potong 12hb ni lagi. Aku macam nekad nak buat keputusan berhenti kejer jer n pas pindah aku kan try cari kejer baru..Aku betul2 dalam delema, sedih n susah hati...
Ya-Allah kau permudahkan segalanya..Amin..


Note: Aku tahu setiap masalah ader penyelesaiannya. Walau aper pun yang berlaku aku sentiasa kena ingat Allah SWT sentiasa disisi kita. Hanya doa dan tawakal boleh buat aku sedikit tenang dan melupakan kesedihan buat seketika.

Happy Wednesday All

Time to change my house. Kadang-kadang bosan jer tengok blog template yang sama jer berrbulan2. Aku mmg suka tukar template coz cepat rasa bosan. So now I start to love green bila selalu dok singgah blog Allyani. Sejuk jer bila melawat umah dia. So I Love it n aku start google2 template green. Ni jer yang aku aku rasa ok. So buat masa ni aku akan guna template ni untuk rumah aku. Sampai bila sampai aku bosan k.

Note: Skang ni tengah dok mencipta watermark untuk tempek kat gambar aku. Thanks to JUE coz bgtahu pasal AAA Logo tue. Aku juga tukar Tajuk Blog k.. ' Kasih Kami Tiada Penghujung' I think more better than before.