Be My Lovely Follower

Monday, July 5, 2010

Plan A yang tak menjadi diteruskan dengan Plan B

Skang ni tiap2 minggu destinasi kami sekeluarga adalah ulang alik rumah kami kat Rawang jer. Iyerlah selagi tak pindah selagi tue la kena ulang alik kat sana. Last week sepatutnya janji ngan kontraktor untuk buat sedikit renovation kat dapur tapi malangnya tak jadi coz contraktor tue tak datang lak..last2 mr hubby dah giveup n minggu ni dia sendiri yang nak buat. Aku macam tak yakin gak seorang engineer nak wat kejer2 kontraktor ni tapi dia yakinkan aku boleh buat so nanti kita tengok hasilnya k..Bercerita pasal renovation ni sebenarnya kitchen cabinet umah aku tue ader masalah sket. Aku lum pernah story lagi dalam blog ni. Kitchen cabinet umah aku tue tak ikut standard la ketinggian dia. Agak sangat tinggi iaitu 38 inci compare sepatutnya tinggi dalam 34-36 jer. Mmg susah nak wat keje bagi org yang rendah macam aku ni. so mr hubby bercadang nak pasang tiles dalam 2 inci lagi untuk solution hal ni. So petang Jumaat lepas lepas kejer ambik Syakil n kitaorg gerak ke Batu Caves coz kawan opis dia kata ader jual tiles kat situ. Cari punya cari jumpa la satu kedai ni tapi malangnya nak kena order lak size tiles yang mr hubby nak so tak jadi la belinya. Dia mmg frust tapi aku gtau esok pagi cari lagi la. Destinasi seterusnya kami ke Giant Batu Caves. Sajer nak jenjalan coz tak pernah pg lagi. Lagipun tak lama lagi nak jadi warga batu caves. Boleh tahan harga kat sini. Ader banyak promotion. Aper yang aku dok kaji Giant ni harga dia tak sama tiap2 branch. Ader beberapa barang barang yang kami beli tapi lupa lak nak snap pic. 

Esoknya pagi2 mr hubby request nak makan nasi tomato ayam masak merah. Nak bawa bekal pegi umah baru katanya. Aku pun masak la. Kalu ikutkan plan asal tak nak dah masak coz hari ni ader kenduri kat bawah. Dia gtau aku kalu tak dapat gak cari tiles dia tak buat la tapi tetap balik lambat coz ader banyak lagi kejer lain nak buat. So tengahhari tue aku pg makan kenduri ngan adik ipar aku jer la. Dan seperti yang dijangkakan mmg tiles tak dapat di beli tapi mr hubby ader misi lain yang dia buat. Balik umah agak lambat dekat kul 7 gak la..Aper dia buat nanti aku citer di next entry. Entry ni tanpa gambar coz aku tak der camera nak snap gambar pengantin semua. Misi hari ahad kitaorg akan bassuh umah. Nanti aku cerita lagi k. 

0 comments: