Be My Lovely Follower

Wednesday, December 15, 2010

Kebaikan Berpuasa 10 Muharram dan kelebihan 10 Muharam

Esok 16 December 2010 bersamaan 10 Muharram. Banyak kelebihan kalau kita berpuasa sepanjang bualan Muharram ni dan esok adalah salah satu hari paling berkat iaitu hari sunat Asyura dan banyak fhadilatnya kalau kita berpuasa. Aku niat nak berpuasa esok InsyaAllah..Aku dapat satu article ni masa google tadi. Dapat dari Sini, so nak kongsi bersama korang k.

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau
lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita
disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram
ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan
puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram)
maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka
boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10
Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada
lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan
dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka
disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan
dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas
dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga
digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
   fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
   fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
   fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
   fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim 
   fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
   sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
   fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
   fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura
   kerana Allah Taala.

9. Bercelak
    fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
     fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat
hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan
kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
   fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sedapnya bubur Asyura atau bubur sora org utara panggil...

Skang bulan Muharram kan. So kalau dulu masa belajar n masa kat kg tiap kali bulan Muharram msti ada aktiviti kacau bubur Asyura ni. Dulu kalau kat sekolah kami akan bawak bekas n bila dah masak cikgu akan isi bekas untuk bawak balik umah. Terasa kat tekak kesedapan bubur ni. Aper yang pasti lain tempat lain versi buburnya kan. Kalau kat kedah bubur sora ni macam kuih tapi ada jugak yang macam bubur lambuk kan. Aku rasa thun ni nak try buat sendiri la. Hujung minggu ni mungkin. Aku ade search resepi tadi. So aku kongsi kat sini eh. Ni version utara punya. Ala2 kuih gitu.
Kalau kacau atau masak guna kawah jadi warna kelabu ok. Ni guna kuali biasa kot. Gambar en google jer.
Bubur Sora Versi Utara
Resepinya

bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka

cara:

1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong lah.

Note: Adakah kalau aku buat menjadi. Tunggu k. Kalau jadi aku upload la nanti he..he..

Isu naik court pasal PTPTN...

Tu la degil tak nak bayar hutang. Kan dah kena masuk court. Ha..ha. Padan muka aku kan. Actually aku bukan tak nak bayar tapi aku masih lum dapat kejer tetap untuk terus buat potongan gaji jer terus. Nak buat bayaran bulan2 takut aku terlupa jer nanti. Sudahnya aku dapat kesannya skang ni. Memula 2 bulan lepas aku dapat surat mengatakan yang nama aku diblacklist dari pegi oversea. Then minggu lepas aku dapat surat saman lak yang mintak aku pg court pasal kes ni.
Memula tue aku cuak gak la. Dalam mind ni dok fikir msti masuk court macam dalam TV tue kan. Macam gambar ni.
Then dalam kepala ni dok menghafal ayat2 yang nak aku jawab sekiranya ditanya sebab aper tak bayar kan. Tapi rupanya tak seperti aper yang aku bayangkan. Bila samapi sana jer aku register kat depan isi satu form warna pink n tunggu la nama dipanggil. Then bila panggil nama jer ader la soarang peguam akuan panggil ko masuk satu bilik. Macam aku dapat lowyer perempuan. Muda lagi, rasanya pangkat adik jer denagn aku ni. Rupanya peguam pelatih jer. Then masuk bilik tue dia tanya mengaku salah tak hutang amount sekian2. Then cakap jer ngaku. Mmg berhutang pun kan. Tue jer la. Sebarang penyelesaian kes antara kita ngan PTPTN. Peguam ni wakil jer. Aku citer ni just nak kongsi pengalaman bg yang ade kes sama macam aku k. Aku ade gak dengar citer yang saper2 pernah bayar even sekali pun PTPTN tak cari dah. Betul ker tak entahla. Dalam kes aku mmg aku tak pernah bayar langsung. Statement pernah sampai sekali jer, then terus sampai surat blacklist. Per2 pun pasni aku nak kena wat surat rayuan bayar sikit2 kat PTPTN. Satu perkara kena ingat kalau nak buat surat aper2 baik pegi hantar by hand kat sana dan dapatkan cop receive. Kalau hantar by pos susah sket. Kadang2 PTPTN ni cakap tak sampai la dan ade alasan2 lain lagi.

Happy 3rd Anniversary To Us- You and Me Love 4 Ever

Hari ni 15 December 2010, Genap 3 tahun aku diijabkabulkan dengan Mr Hubby. Masa berlalu seiring dengan perkahwinan kami. Bg aku hubby aku la sahabat sejati. teman susah dan senang, teman sehidup semati buat selamanya. Suka duka dah kami tempuh sepanjang 3 tahun ni. Hubby aku sangat penyabar. Rasanya aku yang lebih banyak meradang dari dia. Kalau marah pun dia lebih cool dari aku. Pendapat aku lelaki pieces mmg macam ni. Tapi sekali marah tahu la akibatnya ha..ha..Buat abg ayang doakan kebahagiaan kita berkekalan selamanya. Tahun 2010 banyak menguji kesabaran kita tapi semuanya dapat kita harungi bersama kan sayang. Love You So Much Dear. Doakan kebahagiaan kami sekeluarga..Aminnnn. Last but Not least Happy 3rd Anniversary To Us.
Ni tengah nak akad nikah k. Kat Felda aku tok imam mmg tak kan pegang tangan masa akad. Just macam sembang2 jer. Pastue lak buat kat atas meja macam meeting room gitu
Lepas dah bergelar Hubby n Wife. Senyum sampai telinga sebab lega..ha..ha
 Penyerahan mas kawin
 Pakai rantai tangan
 Salaman tulus seorang isteri chewahhh
Kucupan manja seorang suami.
u n me love forever

Monday, December 13, 2010

Tak sempat nak update hari ni....

Hari ni as aku gtau sebelum ni aku pg court pasal kes PTPTN. Nanti aku story detail pasal hal ni. Aku bz sikit hari ni. Kena siap2kan kejer sebab esok aku terpaksa bercuti emergency coz pengasuh syakil ada hal. So unpaid leave la jawabnya. Aku rindu sama blog. Tapi aku kan try update dari umah guna notebook adik ipar aku esok. K jumpa lagi. Selamat Beramal......