Be My Lovely Follower

Wednesday, July 28, 2010

Moving to Our New House.. Taman Gaaring Utama, Rawang

Lama betul peram cerita ni. Since last week lagi aku nak story tapi tak der masa. So seperti dirancang kami berpindah pada 18 Julai 2010 bersaman 6 Syaaban 1431 Hijrah. Plan asal nak cuba move bulan Rejab coz lebih baik kan tapi kekangan masa tak mengizinkan. Mr hubby dah sewa lori 3 Tan untuk angkut barang kami. Quite big kan padahal barang tak banyak sangat pun. Mula2 ambik satu tan jer tapi aku rasa macam kecik then request 2 tan tuan lori tue kata lebih kurang sama besar jer so ambik la 3 tan yang beza harga cuma 50 ringgit je.

Hari tue aku mmg bangun awal giler sebabnya nak masak untuk orang yang datang tolong angkat barang. Ni la first time aku nak masak dalam kuantiti yang banyak. Mr Hubby request suruh masak nasi tomato, ayam masak merah n acar untuk tengah hari. Huh mencabar gak nak masak 2 periuk nasi tomato tue tapi Alhamdulillah berjaya gak aku masak.Plan nak bungkus jer lam polistrin senang. Then untuk breakfast aku masak mee goreng, kek pandan (masak malam tue lagi) roti canai.

Pukul 9.30, kawan mr hubby masa UTM dan kawan opis dia dah datang. Then dalam 15 min gitu lori pun sampai. Lepas makan diaorg terus buat kerja angkat mengangkat ni. Asalnya nak datang tolong dalam 5 or 6 orang jer tapi dah jadi sampai 10 org. Sebabnya abg ipar aku yang kat Shah Alam bawa ramai kawan. Nasib baik la nasi aku masak cukup untuk semua. Disebabkan ramai maka tak la penat sangat pekerja2 yang datang tue. Tiap2 tangga ada org tolong.

Proses angkut barang semua habis dalam kul 11.30 macam tue. Then Mr hubby naik lori n kawan2 yang lain naik kereta. Aku nagn syakil duduk rumah dulu. Dalam pukul 2.30 macam tue baru aku gerak ke Rawang. Uish bila tengok barang mmg penat la nak mengemas. Nasib aku cuti 2 hari. So cuti tue whole day mmg mengemas dalam rumah jer. Tak banyak picas yang kami ambik coz masing2 tengah bz n aku pun tak ingat kat mana camera dah.

Ni gambar2 kat rumah lama yang dah siap masuk kotak. Masa ni banyak lagi tak packing

Hari pindah. Bilik yang dah kosong

Kat rumah baru. Barang yang diletak dalam bilik no 3

Syakil di celah-celah kotak. Sangat teruja tengok kotak yang banyak. dok panjat naik turun ja
Keadaan ruang tamu yang bersepah dan belum berlangsir lagi. Actually langsir tak sempat siap so kitaorg beli yang sementara dulu.

Bangun pagi selepas malam pertama tido kat umah baru. Kami mmg tak guna katil
since syakil dah lasak.Tapi tilam queen mmg tak cukup nak tido tiga beranak so
sebab tue ader satu tilam single tue.

Bangun pagi hari pertama memasak dirumah baru. Sory ek gambar aku tak bertudung. Korang sure leh nampak kan table top aku agak tinggi tapi tak per la nak wat macam ner lagi. Aku pakai sandle yang tinggi tue masa masak.

Budak yang kebosanan tak tau nak wat aper. Main vacum.

Nanti aku akan update lagi gambar rumah aku ni ek. Banyak lagi entry tertangguh. Thanks to all reader k.

9 comments:

mummy_ayu said...

selamat pindah umah!!!

wanie @ suzie said...

wahh da pindah umah...lepas nih buleh la deko deko deko....

fieza said...

Yer ayu..alhamdulillah dah selamat duduk rumah baru

fieza said...

Mmmg tak sabar nak deco2 wani tapio ongkosnya lum ader..tunggu dulu n pelan2 la nak stabil balik..per2 pun puasa hati coz dah duduk umah sendiri..wani jangan lupa datang tau

Khawarizmi said...

Selamat berjiran.. :) best dok situ kan? Cuma deret umah kitorang takde yang berpindah lagi.. kitorang je ade.. Senang2 jemput laa singgah ke umah no 4 tu.. (no umah sama kot) :)
Ada cite tak bila MPS nak start kutip sampah?

fieza said...

Eh jap betul ker umah no 4 ni..umah aunty pun no 4 gak..Mi umah deret sebelah mana ni. MPS dah datang kutip sampah tapi 2 or 3 hari sekali la

Khawarizmi said...

umah aunty yang 20x90.. umah Mi yang 20x70.. deret depan umah aunty laa.. Baru 2 umah pindah.. satu lagi umah no 12, baru pindah. Uncle Sham yang duduk bujang.. Umah Mi yang ade keta iswara dgn Myvi tu. Hehe.. Sebelah umah Mi uncle Ah Meng, Cina. Dia baru nak renovate umah dia..

fieza said...

ok2 aunty dah tahu umah mi yang mana. Uncle sham tue kawan husband aunty Uncle wan..Diaorg office mate..senang2 datang umah k..tapi aunty jarang balik umah coz kalau hari kejer aunty duduk umah satu lagi kat batu caves

Khawarizmi said...

Oooo.. Patut laa jarang nampak kereta savvy aunty kat situ. Best jugak kan beli 2-3 bijik umah nih. Boleh duduk mana suka. Nanti nak suh umi beli umah tempat lain pulak la.. Hahaha.. Aunty pun senang2 dtg la umah.. Leh main bdmenton ngan Mi. Leh Mi kwn ngan Syakil. :)