Be My Lovely Follower

Monday, July 5, 2010

Kepuasan tak terhingga bila melihat mahligai sendiri bersih

Tajuk macam cerita jer kan. Ha..ha..sajer tulis macam tue nak gambarkan betapa bestnya bila mencuci rumah sendiri ni. So perancangan hari Ahad diteruskan iaitu operasi membasuh rumah. Kebetulan adik ipar aku pun cuti so boleh la dia tolong sekali. Bangun pagi2 aku ngan mr hubby masak untuk bekalan tengah hari. Mr hubby masak nasi ngan sambal ikan bilis.( Untuk pengetahuan semua dah lama aku tak masak sambal ikan bilis coz sambal ikan bilis mr hubby sangat sedap aku rasa. So dia yang selalu masak kalu kami terasa nak makan) Then aku just buat daging goreng kunyit n buat nasi goreng kat syakil. Dalam pukul 9.30 pagi kami dah gerak ke Rawang. Mmg semnagt sungguh nak bersih rumah  ni.

Antara tugas yang disenaraikan:
1) Basuh dalam kitchen cabinet coz nak simpan barang2 dalam tue dulu before aktiviti membasuh
2) Buang sawang2 and cuci tingkap
3) Start basuh living n dining room serta bilik. Sekali basuh ngan air tanah, then sabun n last sekali Dettlo
4) Basuh Kitchen.
5) Basuh car porch and wet kitchen kat belakang.

Note: Bilik air dah basuh last two week masa tak jadi pg Sabah Mr hubby dah basuhkan.

Syakil pun sangat seronok sebab dapat main air. And sampai satu tahap dia menangis tak nak andi dah dia kata sejuk. Menggeletar badan dia..ha.ha..masa aku buat kerja aku umpan dia mandi kat pool. Bila berendam lama tue yang sejuk. Kebetulan semalam kan mmg hujan lebat giler. Bila lepas mandi jer aku suap dia makan n finally tertido kepenatan. Bangun jer umah dah bersih.

Syakil n his pool

Kat bawah ni antara pic yang dapat diambik masa aktiviti cuci mencuci k.

Time ni Syakil dah kesejukan

Mama n papa yang semangat mencuci

Finally umah dah bersih n syakil main ball nagn happynya. Mama n papa pun sangat happy n puas tengok rumah dah bersih. Paling happy papa la coz rumah tue hasil titik peluh dia selama ni.

Sangat happy boleh berlari dalam rumah yang agak luas sket dari rumah sewa skang ni

Lupa lak aku nak upload gambar aktiviti papa syakil hari Sabtue. Ok Mr hubby buat sedikit renovation kat umah tue. Firest dia cover saluran paip air kat depan dengan simen coz dia takut in future tercangkul lak kawasan tue. Contraktor tak tanam paip tue dalam2 tapi duduk kat surface jer, kalu terpijak pun leh patah. Then dia jugak kemaskan dinding kat wet kichen belakang.



Skang ni tunggu nak pindah jer lagi. Tak sabar aku. Kalu ikutkan planning kami nak pindah 18/7/2010. Hope tak der per2 masalah la nanti.

0 comments: