Sekejap je dah Jumaat balik. Minggu ni masa cepat berlalu aku rasa or tiap2 minggu aku rasa macam tue. Moga hidup kita lebih mendapat keberkatan di pagi Jumaat yang mulia ni k. Esok n lusa cuti..hmm nak masak aper yang spesial yer minggu ni..Macam biasa hanya hujung minggu jer aku akan masak best sket untuk family. Kalu hari-hari kejer kadang2 masak kadang makan roti jer. Syukur Alhamdulillah aku dapat husband yang langsung tak cerewet. Dia akan makan kalu aku masak kalu tak masak pandai la dia nak buat untuk diri sendiri. Honestly my hubby mmg pandai berdikari n jenis tak kisah sangat
Aku mmg suka masak since dah kawin coz masa aku bujang dulu aku mmg impikan nak ader rumah sendiri n masak macam2 untuk famaily tersayang. Bukan aper masa duduk ngan keluarga aku malu nak masak takut tak sedap ker aper ke. Tapi bila dah kawin ni mr hubby lah jadi tester aku. Kalu sedap mmg habis la dia makan tapi kalu tak sedap alamtnya semua aku buang ha..ha..
Sebenarnya memasak ni bg satu kepuasan bg seorg wanita aku rasa tambah2 bila aper yang kita masak menjadi n mendapat pujian kan. One more sebab aku suka masak coz mr hubby mmg jenis suka makan. Setakat hari ni aper jer aku masak mmg habis licin la dia makan..hi..hi..so kat bawah ni aku nak share gambar2 menu yang aku pernah masak. Tak pernah publish coz aku jarang wat entry masakan. Bukan pandai masak sangat hi..hi..
Puding Roti dalam oven.Klau buat ni kejap jer dah habis. Syakil pun suka makan
Siakap Tiga Rasa. Tak nampak ikannya hu..hu..
Apam Indon/Ambon. Ni resepi Mat Gebu
Bab2 kuih muih ni banyak kali gak aku buat tak menjadi tapi aku tak pernah give up. Usaha tangga kejayaan kan. Aku percaya semua wanita kat luar sana ader hobi memasak kan..
0 comments:
Post a Comment