Be My Lovely Follower

Thursday, July 8, 2010

Sudahkah anda menjalani ujian Pap Smear?

Tajuk entry adalah soalan cepumas. Korang dah jalankan belum ujian ni. Hari Selasa lepas aku dah buat ujian ni. Dah lama sangat tertangguh. Syakil pun dah nak masuk 1 Tahun 8 Bulan baru aku nak buat. Bukan aper aku takut nak buat sebelum ni coz ader baca2 article diaorg kata sakit, tu yang seriau nak buat tue. Lagi satu malu rasa nak pegi tunjuk tut2 kat nurse. Tapi memandangkan ujian ni agak penting bg kita kaum perempuan ni maka aku pun tebal muka la pg jugak. Ok pengalaman aku sendiri lepas dah buat ujian tue la kan. Mmg agak sakit sket, yer la dah masuk benda alah besi tue kat situ kan. Rasa sakit tue lebih kurang kena seluk bukaan masa nak bersalin jer la. Then proses pun tak lama, kejap jer pun. Tapi lepas buat ujian tue mmg rasa ngilu sket la malam tue..Cian cik abgku terpaksa bercuti lagi ha..ha..So untuk maklumat bersama aku nak citer sket aper tue Ujian Pap Smear k:

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid iaitu hari kesepuluh

Apakah yang sebenarnya berlaku semasa ujian tersebut

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Nota penting:
1.Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP"

Ni contoh alat yang digunakan:


Note: Nasihat aku korang tak tah takut k..tak sakit sangat pun.

3 comments:

Izan Ishak said...

hi fieza,
izan pun pernah buat skali. yg terkini ni belum buat lagi. asyik tertangguh je~ sakit sikit je kan...kena buat sbb ujian ni mmg penting..

fieza said...

tue l izan..fiza pun mula2 takut sangat nak buat tapi bila fikir risiko penyakit tue kena la buat jugak kan

Crystal X - cara mengobati keputihan pada wanita said...

Cara praktis dan telah banyak terbukti tentang rahasia ramuan herbal khusus untuk memberantas, mengobati, mengatasi, menyembuhkan, membersihkan, dan mencegah keputihan pada wanita. Kunjungi blog ini: http://mengatasikeputihan.blogspot.com