Hari ni aku sangat moody. Badan aku sangat lemau gara2 semalam tak bangun sahur. Tapi yang sangat membebankan fikiran dan kepala aku skang ni adalah sebab diri aku sendiri hu..hu..Korang ade tak pernah alami pengalaman dan kesulitan yang aku rasa skang ni.
Ceritanya macam ni. Seperti korang sedia maklum aku dah hampir dua bualn dapat lesen, tapi sampai skang ni aku masih lagi tak confident nak pegang stereng kereta dan bawa kereta. Masalah utama aku tak pandai nak kawal stereng bg pergerakan smooth..hu..hu.. Alkisahnya semalam petang aku ngan mr hubby ambik keputusan nak latih kereta dari tempat kerja aku drive ke rumah aku kat Batu caves. Tapi aku betul2 tak der kekuatan bawa keter tue..Takut giler n darah gemuruh hu..hu..Br jer buat parkibg aku dah teragak2 nak pusing stereng.
Actually kalu ikut plan asal sepanjang minggu ni mmg aku yang kena bawa kete coz mr hubby ader kursus dua hari Rabu n Jumaat ni kat Genting. Tapi nampaknya mission incomplete ler. Aku terpaksa la ambik unpaid leave disebabkan cuti tahunan aku telah digunakan secara maksimum.
Aper yang merunsingkan aku, sampai bila aku nak bergantung ngan Mr Hubby. Lepas ni tak kan tiap kali dia pi outstation aku nak kena cuti. So aku kena berdikari. Tolong la korang macam ner aku nak jadi berani bawa keter ni. Tolong la kongsi2 tips hilangkan rasa tukut nak drive k..Need your opinion..hu..hu..
Macam ni la muka aku tiap kali pegang stereng. Muka tak confident langsung..
7 comments:
fiza, alya penah berada kat tempat fiza dulu. masa dah keje, company bagi kereta. bila fikir sebab susah sangat naik komuter kadang balik keje malam dah la masa tu bujang lagi semua, alya gagah kan jugak la. mmg ketar kaki lutut semua. paling ahru bila time nak masuk parking terpaksa suruh sape2 yg ada kat area parking kereta tu tolong park kan, serious fiza, sampai mcm tu sekali alya punya takut. dan tak reti.
sampai dah beli kereta sendiri pun alya kekok lg. tp gagah kan jugak,. sebab sampai bila kan? bak kata fiza, kemudahan dah ada, tp masih bergantung kat org kan.
macam kakak alya pun sama. dia lagi la horror. mmg rasa takut tu mmg akan ada kat setiap org. tp percayala, lama2 ianya akan berubah pada serasi dan confident. betul fiza. pelan2 dulu la eh. start dari area taman rumah dulu. insyaAllah ok nanti.
nak x nak kena berani kan jugak..rugi jer ada lesen tp x berani bawak kereta...keta fiza auto ke manual..kalau auto..rsnya x susah nak biasakan diri..tp kalau manual gabra gak..dulu ainey ms memula dpt lesen..1 bulan pas tu dpt keta..mmg memula ketar lutut..tp practise mmake perfect..lelama akan dpt sesuaikan diri..ainey bwk kete manual lg..1 semenanjung dah pusing..hehe
Alya: Thanks coz kongsi pengalaman k.Hmm fiza mmg plan nak bawa area taman rumah dulu bagi serasi. Nak tak nak fiza kena beranikan diri jugak..Thanks a lot friends..
Ainey: Yup fiza setuju practice make perfect. Keter manual jer ainey. Fiza akan try bg berani he..he..Rumah ngan opis tak jauh sangat pun dalam 14km jer..tapi rasa gabra jer yang lebih..
fieza kene branikan jugak bwak kete, kalau tak nnti takan biasa punya..macam sepupu rina lesan 4-5 kali renew tp bawak skali 2 sbb tak mahir..
ape pon fieza kene berani mencuba ye, gud luck..
Thanks Rina..I try my best..Sampai bila nak harapkan husband kan..nak tak nak kena gak berdikari
aunty, umi Mi dulu pun gitu jugak, gelabah bawak keta,dulu dok sg choh ke tempat keje umi Mi kat SAMER ikut jalan dalam rawang perdana sebab takut masuk jalanraya.. Tergesel sana-sini tu biasa laa.. Tengok laa keta iswara depan umah Mi tu.. Kemek sana-sini.. Hehe. Dah lama2 biasa laa tu.. Baru beli Myvi. (Tu pun dah kemek) Cuma kena biasa je hari2.. ;)
Post a Comment