Salam hari Isnin. Since semalam my son demam. Aku ingat demam biasa jer..tapi petang semalam naik biji2 merah kat badan, kaki, n tangan dia. So aku suspect may b dia demam campak. Bangun pagi ni makin banyak lak kuar. Bila pegi hantar rumah pengasuh pagi tadi ibu dia cakap mmg confirm campak. Silap aku semalam aku dah mandikan dia. Sepatutnya hari pertama nak jadi tak leh mandikan. Nak wat cam ner aku tak tahu..ni first time dia demam campak. Tadi dah bawa pg klinik. Dr da bg antiviral, ubat sapu n ubat demam. But aku dapat info lam internet antiviral kena bg masa baru kuar 5 or 6 biji, kalau dah kuar banyak dah tak jalan dah ubat tue. So aku decide tak bg la ubat tue coz badan syakil dah penuh dah kuar. Balik petang karang nak cari daun mambu dan air kelapa. Tak sabar nak jumpa dia..kalu demam terus jadi manja sangat.
Aku suspect dia jangkit dari anak pengasuh dia yang demam bulan lepas. Dr explain tadi virus campak ambik masa 21 hari dari tarikh pesakit dijangkiti untuk jadi demam tue. Hope cepat la dia sembuh. Aku tak dapat nak cuti coz cuti dah tak banyak. Tapi kalau keadaan dia agak teruk esok aku terpaksa cuti la. Tak sampai hati lak nak tinggal anak masa dia sakit even kita tahu orang yang jaga anak kita tue sangat ok. ku sempat seach maklumat pasal campak yan g leh dikongsi bersama k.
- Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
- Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
- Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
- Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi.
- Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
- Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm...
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
- Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
- Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu.
Ni la daun mambu:
Doakan Syakil cepat baik yer...Amin
5 comments:
TQ for the info
thanks juga untuk info ni..
hope lekas sembuh ye..
tq share info..
my doter blum kena lg, tp de org ckp mmg akan kena skali sorang ek, ntah betol ke x..
pepon, kena waspada.. sib baik de ur info.. =)
Thanks Rina.Hari ni syakil dah ok sket..dah tak demam tapi masih lagi tak kuar habis campak tue.
leily: Tu la kena gak ader info kan. Kita ni first time jadi mama mmg banyak lagi kena blajar. Tambah2 bila duduk jauh dari parent
Post a Comment