Be My Lovely Follower

Thursday, September 23, 2010

Kemeriahan Raya Di Kuala Kurau, Perak 10 September 2010

Macam yang aku ada mention sebelum ni, MIL aku nak kenduri sket hari raya pertama tue. So bila buat kenduri kat kampung ni korang faham la makan mesti berhidang. So pagi2 raya tue mmg sibuk la kat dapur masak itu ini. Pastue ambik pinggan mangkuk yang dah siap dilap semalam. Then aku mandikan syakil dulu coz dia dah bangun n sambung balik kejer kat dapur. Huh mmg penat cakap kat korang. Kalau raya kat umah aku pun tak penat cam ni. Tapi tak per la setahun sekali jer aku sebagai menantu menunjukkan kerajinan..ha..ha.. ayat boleh blah jerr kan. Then aku mandi n pakai lawa2 baru la menghidang lauk2 untuk tetamu. Menu hari tue Ayam masak merah, Nasi beriani mamtop buatan my MIL, Kari daging, Jelatah, Nasi impit dan kuah kacang n buah tembikai. FYI MIL aku ni mmg buka kedai makan, so aper yang dia masak mmg la sedap. Disebabkan kebizian melanda kerana kenduri tue maka gambar satu family pun tak dapat nak ambik masa pagi raya tue. Bukan tue jer acara maaf bermaafan pun dah jadi caca merba tau. Tak sempat bermaafan secara formal.

Satu2nya gambar dia pakai baju melayu yang dapat diambil. Korang perasan tak dia pakai jam tangan. Dia yang nak . Beli kat maidin jer tapi skang ni dah rosak coz dia bagi hilang yang hujung jam tue. Songkok mmg dia tak nak pakai k.
Suasana masa kenduri. Tetamu tengah makan masa ni.
Nak tau tak masa ni syakil tengah buat apa?
\
\
\
\
\
\
Ni ha Syakil tengah tido sebab pagi raya tue mmg dia bangun awal tapi semalam tido lambat. Last2 dia merengek nak susu nak naik buai then terus tido. Senang aku nak buat keje.
Ni lak baby Alfy 5 bulan tengah dok tengok orang wat kejer
Bangun2 tido jer Syakil layan sepupu dia main game kat Laptop. Yang gurl 2 orang tue anak sedara MIL aku aka sepupu husband aku. Anak abang ipar aku yang baju hijau tue sangat fanatik ngan game. Dia tak peduli kat saper dah kalau dapat main game.
Ni lak mak ayah budak perempuan 2 orang tadi. Yang lelaki tue acik ami adil MIL aku.
Disebabkan pagi tue terlalu banyak tetamu yang datang maka kami tidak sempat nak beraya dan tidak sempat nak mengambil gambar keluarga. Maka semua tue terpaksa la dibuat selepas solat Jumaat. Balik jer solat maka yang lelaki sibuk la setup tempat nak bergambar.
Gambar percubaan yang diaorg ambik. Syakil pun dah salin baju melayu n aku malas nak pakaikan balik baju melayu tue. Nampak tak muka dia terlebih excited bergambar.
Ni lak kaum laki2. tak complete lak gambar ni. Papa tak der ha..ha..
Potret keluarga yang dapat diambik. Tak cukup 14 beradik sebenarnya ni. Ada 2 orang lagi tak de. Adik yang no 6 dan kak long coz raya umah suami masing2.
Potret keluarga kami yang sempat diambik. Lagi cun kalau syakil pakai baju melayu kan
Papa n Syakil n Haziq. Nampak tak budak handsome tue dah pandai buat piece kalu bergambar.
Syakil dan sepupunya yang hampir sebaya jer umo
Syakil dan Pak Mat. Bakal cikgu ni
Ni lak keluarga abang ipar aku Abang Yan
Lepas jer sesi bergambar kami kerumah atok hubby. Tak jauh depan rumah jer. Tapi camera lak tak bawa so gambar non ado la. Then kerumah kawan sekolah hubby Syahid. Balik rumah ader lagi tetamu datang.
Keluarga sebelah FIL n adik MIL aku datang.
Hari raya pertama mmg tak banyak berjalan. Sebab tetamu datang tak berhenti maka semua dah penat kan. So cerita hari bersambung di hari raya kedua nanti.

0 comments: