Be My Lovely Follower

Tuesday, November 16, 2010

Aku masih Disini menjelangnya Hari Raya Aidil Adha Esok...

Pasti ramai yang dah ada kat kat kg skang ni kan. Selalunya raya haji ni sebelah pantai timur mesti meriah kan. Kat Kedah sambut biasa2 jer selalunya. Untuk kali keduanya kami sekeluarga beraya diperantauan tahun ni. Kali pertama aku ngan husband beraya kat sini 2 tahun lepas masa aku bersalinkan Syakil. Tahun ni lak disebabkan raya haji jatuh tengah2 minggu maka dengan rasminya aku tak dapat la nak  bercuti..hu..hu. Aku hanya cuti esok hari sahaja. Nak buat macam mana raya jer la kat sini. Lagipun jiran2 aku semua tak balik so tak la sunyi sangat. Satu lagi sebab kewangan pun tak mengizinkan untuk balik kekampung. Al-maklumla aku kan kejer Swasta n Mr hubby lak kejer GLC so kami hanya dapat gaji macam biasa tak macam goment ok. Walau pun aku redha raya kat sini tapi jauhhhh disudut hati aku tetap sedih hu..hu..Tahun ni aku tak berpeluang nak beraya ngan family aku. Masa telefon ayah hari tue pun aku tau dia sedih tapi nak wat macam mana..hu..hu..Bila raya jer aku rindu nak makan ketupat palas ayah aku wat n gulai daging pun ayah aku buat. Tahun depan la baru nak rasa. Rindunyaaaaaaaaaaa...
          Esok aku plan nak masak sikit2 jer untuk kami sekeluarga dan jiran2. Surau dekat umah aku pun ada wat korban 3 ekor lembu. So far meriah la jugak. Aku tak ralat sangat raya kat KL ni coz tahun ni aku beraya dirumah sendiri at least ada jugak rasa kemeriahan raya tue. So sesaper yang tak balik kg tue datang la beraya keteratak aku kat Rawang k. Semua dijemput.
          Di kesempatan ni jugak aku nak ucapkan Salam Aidiladha dari Kami Sekeluarga buat semua teman yang kunjung blog aku dan semua yang mengenali aku. Yang balik ke kampung hati2 dijalan raya k.

 Ridu nak makan ketupat palas
Ingat nak buat pre besday kat Syakil sekali even besday dia lagi 2 minggu tapi dia dok sebut  nak potong kek jer. Nanti mama buat yer
Note: kat KL ni mana nak cari daun palas ek. Ada jual ker tak yer.

0 comments: