Niat dihati nak update citer hari raya Aidiladha tapi aku lupa lak bawak camera hari ni. Mana best kan bercerita tanpa gambar. Semalam aku diberi cuti sehari so hari ni aku start kejer balik. Mmg liat sangat nak pg kejer pagi tadi tapi terpaksa la. Amcam raya korang. Yang dapat balik kg msti meriah beraya bersama keluarga n sanak saudara kan. Kat kampung semua abang2 aku balik so tak la sunyi sangat ayah aku. Cuma anak perempuan dia jer tak balik. Al maklumla abg2 aku semua ada kat Kedah. Aku jer merantau jauh sikit hu..hu..
So aper menu hari raya korang. Kami hanya beraya kat rumah sajok. Masak sendiri makan sendiri ha..ha.. Cuma petang baru abg ipar aku datang. Menu of the day aku masak nasi impit, kuah kacang n rendang ayam n main kos main cost mee bandung version fiza. Kenyang kami hari tue. Pastue jiran sebelah bg pulut kuning n jiran satu lagi bg kari ayam. Penuh semeja. Then tengah hari lak surau dekat rumah wat kenduri korban sup tulang. Mmg kenyang sampai ke malam kami. Semua cerita aku akan update minggu depan dengan gambar sekali k. Aku jugak ader buat kek untuk syakil. Tapi kek ni terlalu moist la. Aku nak cari kek coklat yang tak moist tapi gebu. Saper2 ade resepi kongsi la ngan aku k.
Tue jer update buat masa ni. Nanti dah dapat transfer gambar aku wat entry lain k. Skang mood tengah semangat membuat tugasan dari mr hubby coz cuti 2 hari ni kami ada aktiviti yang akan menentukan masa depan aku. Moga Allah permudahkan urusan aku. Minggu depan adalah minggu yang mendebarkan dan harap aku berjaya buat yang terbaik. Aku harap kalian turut doakan aku k..Aminnnnnnn.
0 comments:
Post a Comment