Be My Lovely Follower

Sunday, December 12, 2010

Suppliment untuk budak tak nak makan

Anak korang msti tak der masalah makan macam anak aku kan. Syakil adalah budak yang sangat aktif tapi susah sangat nak makan. Kalau makan pun kuantiti yang sangat sedikit ok. Contoh nasi ayam or mee goreng hanya akan makan dalam 3 sudu kecil pastue dia dah sendawa dah. Dalam hati aku terdetik 'Ish kecik sangat ke perut anak aku ni' Tapi tue la hakikat yang aku kena terima. Dia mmg makan sedikit. Pastue lak dia akan banyak buang kalu dia mkan. Kadang tak sampai sejam makan dah berak. Camner tuh. Dah la makan sikit pastue buang lak. Yang aku pelik sistem penghadaman dia cepat lak tue. Jangan kata mama dia tak rajin masak ok. Aku masak macam2 kat dia tau. Tapi dia yang tak nak makan hu..hu..Skang ni kegemaran dia adalah ayam. Hari2 nak makan ayam jer. So aku terpaksa beli ayam goreng segera tue bekalkan umah pengasuh. Yer la tak nak susahkan org belikan ayam hari2 kat anak kita kan. Bab minum susu lak dia tak la kuat sangat minum. Dari  kecik sampai la ni sekali minum hanyalah 4 Oz sahaja. Tapi kekerapan tue bergantung kat dia. kadang kerap kadang 3 kali jer sehari. Actually aku dah bg dia macam2 suppliment n vitamin. Sebelum ni aku bg vitamin Appeton lysine yang cecair dan vitamin hospital bekalkan. Tapi tak jalan gak selera dia macam tue jugak. So minggu lepas aku try beli appeton lysin yang tablet lak. So far nak suruh dia bg habis st biji pun siksa. Tapi nampak macam ader perubahan sikit selera dia. Nak makan jer selalu. Hope kali ni berkesan la. Berat dok angka 10kg jer tak ganjak2 hu..hu..


1 comments:

alyyani said...

ok la tu fiza, at least dia mau makan ayam. dia nye sistem penghadaman bagus ek. harap supplement yang fiza bagi tu dapat naik kan selera makan syakil. nia ikut mood gak. kadang, makan tak henti2, kadang jenuh gak nak suruh. kena hadap or suap. takpela, slow2. lama2, ok la tu kot :)