Be My Lovely Follower

Monday, January 24, 2011

Hot Topic: Milionair dengan blogging..

Rata-rata blog upkan topik ni pagi ni kan. Al maklumlah hot FM pagi ni pun bincangkan topic yang sama gak. Actually sesaper yang terjebak ngan dunia blogging dah lama sedar akan hal ni kan termasuklah aku. Yup pernah terdetik kat hati aku nak jadikan penulisan blog as pendapatan sampingan. Tapi aku lum cukup ilmu serta belum mempunyai kerajinan serta komitment untuk berblgging secara tegar. Aku pun macam izan aka cik mot gak, bukan blogger tegar tapi at least dia dah dapat income ratus2 ngan blogging, tidak bagi aku. Selama setahun aku menyertai nuffnang income aku hanyalah 60 hinggit sajoq..ha..ha..sebab tue aku tak pernah buat post pasal nuffnang. Aku pernah dapat BE beberapa kali tapi lepas aku menyepi dari update maka BE aku lenyap macam tue jer dan tak muncul2 dah sampai skang ni..hu..hu..Bila dah masuk tahun baru ni semangat nak update blog dah datang balik maka skang ni hari2 aku kan update kalau ader kerajinan. Aku pernah terbaca kat satu blog pasal ramai blogger tak mengaku berblog bukan nak cari duit tapi sekadar hobi dah tak boleh pakai. Yup aku setuju. Mmg tak nafikan berblog adalah hobi disamping diari harian kita. Tapi dalam dunia cyber skang jauh disudut hati blogger, mereka berblog untuk menambah pendapatan sampingan. Walaubagaimanapun penting untuk kita ingat, tak semua kita leh storykan dalam blog termasuklah hal2 suami isteri yang sangat2 sensitif. Kita boleh kongsi berita2 yang baik jer sebab bila kita buat blog automatik blog kita akan tersenarai dalam carian google, maka semua orang leh baca perihal blog kita dan pastinya tak elok kalau semua cerita kita dedahkan kat alam maya ni. Tue serba sedikit pendapat aku tentang dunia blog. Jauh disudut hati aku mmg sanagt teringin nak jadi macam REDMUMMY. Hope akan tercapai nanti. Kalau tak leh dapat income macam dia pun, dapat suku dari income dia pun dah besar rahmat dah ha..ha..Aper2 pun kita Enjoy berblog disamping dapat tambah kawan k..

4 comments:

alyyani said...

pendapat yang bagus fieza! :D tp alya kategori berblog tp tak nak org yg kite kenal tau yg kita ada blog :p

Fieza said...

Fiza pun sama macam alyya gak. Tp kalau orang yang kenal kita tue celik IT susah kita nak lari ha..ha..

mummy_ayu said...

ayu pun buat blog just for fun, untuk tulis cerita suka duka kita...mcm diary la..nuff..side income la..kira mcm saguhati la..

Fieza said...

Yup setuju tue ayu..dari tak dapat aper kalau duduk sajer jadilah income sikit2 ngan nuffnang kan..