Be My Lovely Follower

Friday, January 21, 2011

Perihal Muhammad Zafreen Syakil

Dah lama tak bercerita pasal anak terunaku sayang tue. Bulan ni dah nak masuk 2 tahun 2 bulan umo dia. Perangai skang ni sangat2 la menduga kesabaran aku sebagai mama dia. May b dia tau nak dapat adik kot. Perangai mengada2 dan manja yang sangat2 over terlebih. Yang paling tak tahan skang ni kalau pegi supermarket dia sanggup meraung kalau tak dapat aper dia nak. Sangat fanatik ngan robot skang ni. Dia semakin rapat dengan papa dia. Kalau tak nampak kejap pun cari dah sebab aper sebab papa boleh main ngan dia. Kalau aku jarang nak layan kalau ajak main ball ke, badminton ke so dia akan beralih kepada papa la. Aku hanya dengan dia time belajar sajer. Sangat2 susah nak fokus time belajar. Sebab banyak dok fikir nak main jer tapi skang ni dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul. Percakapan dah makin lancar. Pot-pet jer kalau kat umah. berleter pun dah pandai. Contoh ayat ' Mama ni la..ish..ish...' Kalau nak pegi mana2 kalau kita lambat jer dia cakap la ' cepat la mama, dah lambat ni' . Kalau nampak CD Barney atau Children Song ' Mama jom nyanyi jom' Setakat ni aper jer ayat yang dia tuturkan ader yang ayat penuh ader yang ambik belakang jer dan ader gak kadang2 aku tak faham sebab bunyi sama jer. Potty training lak aku dah mula skang ni, since dia sendiri tak nak pakai pampers. Tiap kali lepas mandi atau sain pampers dia akan cakap ' mama, tak nak pakai, syakil dah besar' Then kalau aku tanya kalau nak berak or kencing pg mana dia kan jawab' pg toilet la' Semalam sekali tak sempat pg toilet dia kata tak tahan dah mama. So clever. I'ts ok keep learning kan. Kena sabar jer la. Target aku before aku deliver dia dah pandai pg toilet sendiri. Jimat duit pampers ha..ha.. Selera makan macam tue jugak la. Tak banyak makn. Berat belum lagi mencecah 11 kg, dalam 10.8 jer. Walaupun kadang2 perangai dia buat aku hilang sabar tapi dialah permata hati aku yang sangat tak ternilai. Skang ni bila dah cerdik, aku bersyukur ade seorang anak yang boleh gak diharap membantu dan jadi teman dikala sunyi. Serius kalau dia tak de rasa kosong n sunyi sangat rumah. Anak penyeri kehidupan kita. Mama doakan Syakil membesar menjadi anak yang bijak dan soleh serta dikurniakan kesihatan yang baik selalu. Aminnn. Be a good brother nanti yer. Jangan nakal2 tau. Mama love u forever..muahhhhh.
Handsome tak saya...
 See kurus jer hero aku ni..

0 comments: