Morning semua. Korang dah breakfast ke. Aku baru jer lepas. Makan nasi pagi2. Alhamdulillah kenyang. Al-kisah keinginan masa mengandung ni mmg sangat2 pelik. Masa Syakil dulu aku tak rasa sangat macam ni. Tapi kali ni kalau aku terasa nak makan per2 tue rasa macam dah ader jer kat lidah jer. Rasa nak makan sangat2 la. Dan setakat ni aku dapat la aper aku nak makan tue. Kebanyakkan aku masak sendiri jer la.
Contoh semalam balik kejer mr hubby request nak makan char kuew teaw. So aku masak la n makan sama2 ngan dia. Then buka esbuk ade ikan 3 ekor. Masa tue jugak terlintas kat fikiran nak makan ikan masak singgang. Dah terasa kat lidah maka dengan sepantas kilat kuarkan ikan n prepare bahan2 yang patut n masak nasi. Habis semangkuk aku makan.
Tengah hari semalam lak terasa nak makan nasi goreng kampung. Nasib kedai mamak bawah ader jual. Pas makan rasa lega jer. Bg aku perasaan dan keinginan seorg ibu pregnant ni mmg macam ni dan bukan dibuat2 kan. Kalau time tak ngandung tak pula berperasaan macam ni kan. Aku start rasa aku pregnant pun sebab ni la. Bila tiba aku nak makan sesuatu aku nak jugak2. Benda pertama yang aku teringin sebelum aku athu aku pregnant adalah samabal sotong kering. Aku masak sendiri dan makan sorang2 jer samapi habis. Masa tue aku dah terfikir aku ni ngandung ker sebab kemaruk nak makan sesuatu lain macam jer. Rupanya betul.
Semua perempuan ngandung akan rasa macam tue kan. Indahnya perasaan ibu mengandung yang Allah kurniakan. Semua wanita patut rasainya. Doaku semoga kandungan kali ni dirahmati oleh-Nya..Aminnnnn
Gambar Ehsan dari Mr Google
0 comments:
Post a Comment