Be My Lovely Follower

Monday, February 7, 2011

12 Hours Non Stop KEDAH-KL

Masa perjalanan yang kami catatkan semalam adalah 2 kali ganda masa yang sepatutnya kami ambik untuk travel Kedah-KL. Yer rekod masa yang dicatatkan adalah perjalanan pegi balik KL-Kedah, Kedah-KL. Pertama kali dalam sejarah pemanduan hubby aku dia terpaksa drive selama 12 jam dengan mengharungi jem yang terlampau teruk. Ni last time kami balik KL time macam ni. Actually sebelum ni kalau kami balik bercuti ke kampung kami akan balik semula ke KL hari Sabtu. Pernah kena jam tapi tak la seteruk dan sepanjang macam semalam. Actually masa yang sepatutnya sampai dalam 7 jam sahaja sebab dari kampung aku nak ke SP dah 45 minit dan SP ke KL 5.30 jam kalau rehat setengah jam.Tapi semalam kami mencatatkan rekod paling lama atas kereta diatas jalan iaitu 12 jam.
Kami bertolak dari kampung aku jam 12.30 tengah hari sebab tunggu makan kenduri dulu. Kenduri akikah Syakil sebenarnya adalah kenduri kawin anak atuk sedara aku yang bongsu. Disebabkan kami tumpang buat kenduri jugak maka tak elok la tak tunggu sampai makan tengahari kan. Sempat gak aku tapau sikit nasi kenduri bawak balik. Dan nasib baik jugak la bawak bekal kalau tak kelaparan la kami dalam kete. Nak berhenti RNR macam kata la. Kereta berderet. Tak sanggup la nak harungi jam kat situ lak.
Perjalanan lancar sampai la kami kuar tol dan sampai kat tikam batu, kami dah sangkut jem. Panjang la jugak. Punca kejadian Accident. Masa samapai tempat accident semua dah dialih. Tinggal bekas kat jalan jer. Then lancar balik. Sampai la nak masuk tol juru dah start jem mencabar skit. Terus buka Era dengan laporan traffic. Laluan Changkat Jering ke Sunagi Perak Sesak. Mmg dah agak tapi tak sangka la seawal tue nak kena kan. So Mr hubby decide ikut jalan lama. Kami kuar la Changkat Jering-Taiping-Kuala Kangsar-Ipoh. Dalam hati ingatkan jalan clear tapi sebaliknya. Umpama kuar Mulut Buaya Masuk mulut Naga. Hu..hu..
First time ikut jalan lama dari sini buat kami agak kekok. Sangkut kat jalan lama hampir 2 jam. Punca jalan jem kat situ biasa la Traffic light dan pertukaran jalan dari dua lorong ke satu lorong. Banyak gak keter yang patah balik tapi kami teruskan jugak sebab tahu kalau patah balik kuar Kuala Kangsar pun highway tetap gak jem hu..hu..Masa ni la adegan panas baran bermula. Aku nak drive hubby tak bg pastue dia nak bengang ngan jalan sekali ngan kita kena marah. Mula nak gaduh so penyudahnya aku diam jer tak yah cakap banyak. Masa ni Syakil dah gelisah asyik tido bangun tido bangun, makan muntah makan muntah dia dah bosan dah. Kena lak dia tak baper sihat batuk dan selsema. Mmg mencabar nbak buat dia tenang. Dia tak nangis tapi dia nak buat benda2 pelik contoh naik atas dashboard belakang. Patahkan CD dan macam2 lagi la nak isi kebosanan dia tue.Kita yang dewasa ni pun penat apatah lagi budak kecik kan.
Finally kami decide kuar tol Ipoh Selatan walau aper jadi pun sebab dah tak tahan sangkut kat jalan lama even tahu hakikatnya jem belum berakhir dari Tapah-Sungkai. tapi redah jugak la. Time tue dah dekat kul 9 rasanya. Aku bukak nasi kenduri n lauk kenduri sebab kesayangan aku dah lapar. Kang kalau lapar dia akan lebih benagn n mengamuk. Maka tolong la suapkan sambil2 tue syakil pun makan sama. Then dia muntah lak. Habis kusyen keter. Pastue makan lagi sebab aku tau dia lapar tapi kepala dia pening kot sebab tue muntah. Bila masuk highway Ipoh macam dijangka jalan jem tapah sungkai. Gerak tapi sikit sangat. Plus buka jalan altenatif sebelah sana tapi dapat kurangkan sikit jer. Lepas Sungkai jer traffic still perlahan tapi boleh la laju sikit. Masa ni mr hubby mmg sanagt2 penat tapi nak buat macam mana kan kena gak drive sampai umah. Syakil dah hanyut masa ni. Kesian aku tengok dia. Letih sangat dah. Kami berhenti hentian sebelah kejap nak buang air dah tak tahan. 
Dah sampai Tanjung Malim Mr hubby tanya nak balik Rawang ke Batu Caves sebab dah lewat. Bincang punya bincang kami decide balik Batu Caves sebab tak larat nak bangun awal sangat esok n nak tempuh kjem kat Selayang lak. Tepat kul 12 malam kami sampai umah dalam keadaan lesu. Nasib adik ipar aku lum tido maka dia tolong angkat barang. Bersih badan semua kami dapat tido jam 1 lebih. Paling Kesian si Syakil. Sampai2 jer aku uruskan dia dulu. Bersihkan badan tukar baju semua. Menangis-nangis sambil cakap Tak nak mandi nak bum nak tido tak larat. Kesian sangat hero kecikku itu. Hari ni badan masih lemau n pinggang masih sakit. Hu..hu..serik dah pas ni kalau balik cuti Kampung jangan la balik time kemuncak macam ni. Bak kata my hubby tahun2 sebelum ni kami hanya melihat orang kena jam tapi tahun ni kami yang kena harungi. Orang yang melihat tak dapat nak rasa betapa siksanya oarang yang merasainya terutamanya yang dah ada anak macam kita kan. 

Ni siang lagi. Masa ni nak kuar highway changkat jering
 Ni la jem kat Tapah - Sungkai. Time dalam kul 9 lebih. Sepatutnya dah sampai kl tapi masih kat Perak. Muka driver pun dah lain macam n aku pun takut dah nak menegur. Lenguh kaki tukar gear hu..hu..
 Budak yang kepenatan yang amat sangat. Tido pun mata tak tutup rapat dah..

Note: Besar tul impak orang yang mencari rezki kat KL ni kan. Baper juta agaknya orang kampung yang kejer kat KL ni eh. Nak buat macam mana tempat mencari rezki kan.

2 comments:

wanie @ suzie said...

alahai fiza...teruknya mcm tu...yg kesian sekali kat syakil la kan

Fieza said...

Tahu tak per wani. Kita yang dewasa pun penat apatah lagi dia yang kecik kan. Ni la sebabnya kami jarang balik kampung hu..hu..