Be My Lovely Follower

Tuesday, February 22, 2011

Cuti Maulidur RasuL vs Besday Party

Lama sungguh ambik masa nak update citer ni kan. Seminggu tue. Mmg blogger tak tegar la aku ni. Sempena cuti maulidur Rasul hari tue jiran aku aka Abg Rizal n Kak Iza yang jual rumput ekspress kat kami hari tue jemput kerumah mereka sebab buat makan2 sikit sempena besday kak iza. Dia just jemput kami2 jer jiran2 dekat sebab nak buat bbq bakar2 ayam n kambing. Plan asalnya dia suruh datang kul 3.30 tapi last2 jadi kul 4.30 gak baru mula bakar membakar. Disebabkan segan nak pegi ngan tangan kosong maka aku buat agar2 milo satu bekas. Just tumpang buat jamuan jer. So far mmg enjoy jamuan macam ni disamping eratkan silatulrahim dan semangat kejiranan gitu. Masa dok sembang2 tue barui la kami tau yang aku kak iza n kak zi jiran sebelah umah aku berkongsi bulan lahir yang sama. Kak iza 15/2, aku 18/2 n kak zi 19/2. Wah jiran sepakat gitu dan semua ni kebetulan kan. So next year boleh buat gathering sambut sama2 gitu. Baru meriah kan. Setakat aku tinggal kat taman ni Alhamdulillah aku dapat jiran yang baik, peramah dan tak pentingkan diri sendiri. Saling jaga menjaga, tegur menegur dan beri memberi he..he..Petang tue selain kambing n ayam panggang ade menu sampingan lain antranya spagetti yang sedap sangat, Bihun goreng dibawa oleh salah seorang jiran lain, buah, n kek dari secret resepi. Mmg kenyang kami anak beranak sampai kemalam. Akibat makan kambing kepala aku pening sampai esoknya.hu..hu

Tuan rumah sibuk membakar. Gambar my hubby tak masuk lak. Dia tolong bakarkan ayam
Kambing bakar yang mantop
Ayam yang baru masak sikit je  

Kek dari secret resepi chocolate walnut kot tak silap
Ni la besday gurlnye
Papa n abg Razak. Jiran sebelah umah aku. Makan sungguh suamiku ini
Budak yang langsung tak nak makan. Main jer dia tahu

0 comments: