Be My Lovely Follower

Friday, February 25, 2011

Perancangan Masa Depan dan Keputusan yang telah dibuat

Dah lama tak update status terkini pasal diri aku kan. Actually aku masih lagi diopis menghabiskan sisa2 bulan yang ada. Hari Isnin ni adalah hari terakhir aku kejer sini.Bukan nak merajinkan diri tapi just nak cukupkan bulan bekerja. Selepas perbincangan dilakukan maka keputusan muktamad dan agak besar yang bakal merubah kehidupan kami akan diambil. Nanti aku senaraikan keputusan yang bakal kami ambik dan kami rasa itu adalah the best decision yang kami boleh lakukan buat masa skang ni. Alhamdulillah dalam masa yang sama ada rezki lain yang datang. Syukur atas nikmat-Mu Ya-Allah. Sesungguhnya kalau kita dalam kesusahan hanya kepada-Nya kita memohon pertolongan dan hanya Dia yang tahu Qada dan Qadarnya. Dugaan yang diberi juga ada sebab musababnya. Ok aku nak kongsi beberapa perkara yang telah kami buat keputusan.
  • I decide to become fulltime housewife buat masa skang. Bukan tak nak cari kerja tapi kalau kerja yang aku dapat gaji kurang dari aku dapat skang sangat tak berbaloi. Maka aku akan jadi suri rumah tapi bukan yang duduk saje but I have planning something. Bak kata en hubby productive suri rumah.
  • Rumah di Batu Caves akan disewa sepenuhnya. So sesapa yang berminat nak cari bilik sewa kat kawasan gombak, Batu Caves inform aku k. Ada 2 bilik untuk disewa. Peralatan rumah semua lengkap. TV, Mesin Basuh, Peti Ais n Dapur.
  • Melibatkan diri as Freelance Insurance Agent. Hujung minggu depan aku nak ambik test. Just try buat suka2. So pasni sesaper yang berminat nak ambik life insurance sila2 roger aku k.Kalau ada rezki aku dalam bidang ni aku kan serius buat fulltime pas ni but ni long term punya perancangan.
  • Try nak buat small business. Masih dalam perbincangan ngan jiran aku. Nak jadi share partner dia. Jual pre love item opr barang terpakai yang masih elok macam mainan kanak2, stroller n so on. Kalau project ni menjadi aku kan tolong pasarkan barang2 ni kat alam maya. Tapi perkara ni belum pasti lagi.
  • Become a good teacher to my lovely son. Aper guna aku kat umah kalau tak dapat train Syakil so aku kan jadi cikgu dia kat umah. Akan ada jadual untuk dia. Bila masa main n bila masa belajar. Mesti sangat puas hati dapat didik anak sendiri kan.
  • Target fully free diaper kat Syakil sampai pertengahan tahun. Kalau siang aku rasa tak sampai sebulan aku dah boleh buat tapi malam susah sket rasanya. Dan kedua nak train dia supaya tak hisap botol lagi. Hope misi2 ni akan berjaya.
  • Akan jadi blogger tegar. Yup blog akan diteruskan cinta dan minat aku. Maka En Hubby akan dipaksa daftar internet kat umah. Broadband tak de coverage kat umah aku..hu..hu..
  • Helper to my hubby. Alhamdulillah my hubby dapat offer kejer part time kat umah so aku kan bantu dia aper yang aku tahu. As all you know aku bukan tahu sangat kejer Engineer ni but never mind aku leh belajar.
  • Rasa macam nak buat kuih jual he..he..aku nak try2 tanya jer dulu mak cik dekat umah tue kalau nak letak 2 or 3 jenis kuih kat gerai dia, dia nak x. Kalau ok best gak leh tambah income sikit2. Aku suka masak2 ni.
  • Kerjaya - aku kan tetap berusaha dapatkan kejer tetap yang sesuai ngan kelayakan aku. Saper nak tolong bayar hutang aku hu..hu..FYI sampai skang ni aku masih lagi tak kejer menggunakan degree yang aku ada sebab tak minat IT. So masa yang aku ada aku kan cuba minatkan diri aku dalam bidang ni mean aku nak study balik bidang ni. Kalau dah pandai aku kan buat freelance bidang IT lak.
See banyak betul aku nak buat kan. Hope aper yang aku rancangkan semuanye menjadi dan Allah sentiasa membuka pintu rezeki kami..Amin. Aku nak mulakan hidup baru dengan semangat baru, jadi orang yang baru, berubah dari sifat yang ade skang sebab masa tak kan tunggu kita. Doakan kejayaan aku k.

4 comments:

iduraz said...

salamp perkenalan,
bestnyer suma keputusan yang kamu dah buat..gudluck in everything yer..

alyyani said...

suka part bila fieza cakap jd cikgu kepasa syakil. betul2 mcm2 bole buat dr duduk2 saja. i know u can do it sis! yg penting sentiasa positif kan? ;)

Fieza said...

Thank You Alyya n my new frenz..hope everything will going better n better..i hope

Khawarizmi said...

Lama tak tinggal komen kat sini, tang jadik blogger tegar tu kami dah penah apply stimyx, tapi org TM kata line dah penuh, la ni pakai P1 WiMax, dapat 2 bar walaupun klu check kat website dia out of coverage. Tapi still better dr brukband lain. hehe.