Be My Lovely Follower

Thursday, February 17, 2011

Perkara yang dirisaukan dah pun berlaku..Aku Redha

Selamat pagi semua. Semalam tak update blog gara2 moody dan tertinggal camera kat rumah. Then petang ingat nak update gak kejap. Tapi terkedu sekejap bila dapat news yang sangat dirisaukan sebelum ni dah pun terjawab. As all of you knows, aku pernah citer pasal masa depan company yang sangat tak menentu skang  ni. Dan baru2 ni aku ade buat entry pasal ni yang mana kemungkinan besar company hanya boleh survive sampai hujung bulan 1. Alhamdulillah bulan 1 masih lagi bergaji. Tapi harapan untuk dapat projek sangat tipis dan kewangan syarikat sangat meruncing. Maka semalam satu mesyuarat dah diadakan an terjawab la semua persoalan. I'm Jobless. Yup aku hanya akan bekerja sampai hujung bulan ni saja bermakna February adalah gaji terakhir aku. Menurut kata bos aku kami diberi cuti tanpa gaji selama 2 bulan dan sekiranya ada projek jalan pada bulan May akan masuk kejer balik seperti biasa. Tapi aku tak meletak harapan yang tinggi sebab majikan aku tak menjanjikan aper2. Berbalik kepada resume yang aku hantar sebelum  ni belum ada rezki lagi dipanggil interview. Dalam keadaan sakang ni aku hanya ada masa lebih kurang sebulan jer lagi untuk mintak kejer sebelum perut aku besar. Hu..hu..
Semalam kami suami isteri telah berbincang dan membuat budget semasa untuk isi rumah sekiranya aku tidak bekerja. Nampak macam tue la Jobless sampai bersalin. Antara strategi yang dibincangkan:
  • Sekiranya aku tidak bekerja kami hanya akan duduk di Rawang dan rumah kat Batu Caves akan disewakan sepenuhnya. Tugas diserahkan kepada adik ipar aku untuk cari housemate yang sesuai.
  • Aku akan berusaha cari kejer sampai hujung bulan 3 tapi sekiranya gagal maka aku akan jadi housewife buat sementara waktu sebelum ade rezki kat tempat lain.
  • Mr hubby akan cari sebiji motor untuk ulang alik pegi kejer hari2
  • Even housewife aku kan cuba alternatif pendapatan dari rumah, mungkin online business atau cara lain yang boleh buat online.
  • Syakil akan duduk ngan mama dan potty training akan dijayakan dengan lebih mudah dan penjimatan pampers akan berlaku.
  • Minimizekan perbelanjaan isi rumah sebaik yang mungkin
Mmg nampak mudah tapi sangat susah. Aku dah bekerja kurang lebih 4-5 tahun dan mempunyai pendapatan sendiri. Once bila aku terpaksa bergantung ngan suami mungkin agak terbebankan dia. Tapi benda dah nak berlaku. Takdir Allah kita tak leh nak halang. Aku percaya ngan rezki lain yang Allah nak bagi kat kami. Dan aku juga percaya dengan rezki sikecil yang aku kandung skang. Semuanya Allah dah tetapkan. Sebagai hambanya kita kena redha. Aku tak salhkan takdir tapi menerima dengan hati yang terbuka. Kadang Allah nak duga hambanya supaya kita selalu ingatkan-Nya. Mungkin rezki aku ditempat lain. Aku kan sentiasa berdoa kepada-Nya semoga hidup kami diberkati dan dimurahkan rezki selalu.

Dari semalam aku muhasabah diri dan aku dapat ubah dari mood 
Dan pagi  ni aku dah fikir positif yang terjadi pasti terjadi
Note: Satu perkara jer aku terpaksa korbankan skang iaitu life insurance yang aku ambik terpaksa dihentikan sebab bulan2 aku bayar melalui potongan gaji. Mmg sayang sebab dah dekat 3 tahun aku ambik dan belum sekalipun aku claim tapi nak buat cam ner. Terpaksa bekorban sebab aku tak nak susahkan husband aku lak.

4 comments:

alyyani said...

banyak sabar fieza. at least fieza dah jangka dah ianya tak datang dgn mengejut. hope ada rezeki lain kat tempat kerja baru utk fieza. rezeki anak pasti ada insyaAllah. yg penting tak mo stress sebab fieza pregnant. jgn putus asa eh.

p/s : kalau kata nak terminate insurance tu, cuba cek dgn insurance company tu wether ada surrender value tak. kalau ada, mesti bole dpt return sikit sebab dah beli insurance 3 tahun lepas. take care ye..

Fieza said...

Thanks Alyya. InsyaAllah fiza dah ok skang ni.
Yup nanti fiza akan check ngan ejen macam mana. Rasanya ada sket kot pulangan sebab aper fiza tahu prudential konsep saving n insurance.

rina a.k.a jaijina said...

semoga fieze lebih tabah hadapi ujian Allah..sekurangnya, fieza dah jangka ape yg akan berlaku pada keje fieza..macam rina pon skang ni, nak cari alternatif lain untuk income..pasal keje kat comp ni tak menjamin untuk terus bekerja sampai 10tahun akan datang..

same²lah kite muhasabah diri kite..hari ni hari fieza, esok lusa, hari rina ke, aulahwalam..

Zue AnnaLeeya said...

berat jgk tuh yer... beselah klu dah keje swasta nih... klu akak pon susah ht sbb dah bese pgang duit sdiri kan???

sabo yer fieza... mgkn ader hkmah sbalik seme nih...

akak dah folow tau....