Be My Lovely Follower

Monday, April 4, 2011

Perbezaan penat bekerja sebagai suri rumah dan Eksekutif dipejabat

Tak ku sangka jadi suri rumah pun susah nak update blog. Yup aku akui sesibuk-sibuk kejer kat opis aku masih lagi boleh update at least satu posting sehari tapi kalau kat umah nak cari mood dan masa yang sesuai sangat2 la susah. Dan malam ni buat pertama kali aku ngan my son duduk kat Rawang berdua jer sebab my hubby outstation Sabah. Ini kali pertama kami stay kat sini berdua sebab sebelum ni mmg kat Batu Caves jer. Since umah sana dah disewakan sepenuhnya maka aku jadi segan dah nak tido sana. So far ok jer duduk sini sebab jiran2 dah ramai. Tak takut sanagt la. Syakil pun tido awal jer hari ni. Dan sang suami lak tak de maka aku gunakan kesempatan yang ade untuk melepaskan rindu kat blog kesayangan aku yang satu ni. Blog yang lain2 masih belum ade masa nak update. Terlalu banyak citer tapi aku kena draft pelan2 dulu supaya citer yang ditulis kat sini pun ade olahan dan input yang menarik. Sambil layan citer hantu Mistik Alam Hitam sambil aku menulis. Point malam ni aku nak buat perbandingan dan perbezaan antara pekerjaan mulia seorang suri rumah dan eksekutif atau pegawai di pejabat.
  • Suri rumah tetap bangun awal pagi macam pegi pejabat. Sediakan breakfast untuk suami tersayang (Selalu mr hubby tapau jer bawak pegi opis) Jimat duit belanja breakfast kan.
  • Seorang eksekutif bengun awal, bersiap ke opis, dan beli breakfast kat luar.
  • Suri rumah penatnya bekerja kepada perbuatan seperti  basuh baju, menjaga dan memberi didikan kepada anak, melayan kerenah dan telatah anak, mengemas rumah yang tak kan ade pengakhirnya selagi anak tak tido, memasak untuk suami tersayang dan membuat kerja2 lain yang mmg sentiasa ada bila kat umah. 24 hours is not enough.
  • Seorang eksekutif penatnya lebih kepada mental dan juga fizikal. Tidak banyak bergerak tetapi penat berfikir dan rela kena marah yang mana suri rumah lak bebas buat keputusan.
  • Kejer seorang suri rumah tak pernah selesai sampai la tido dan akan bersambung lagi kesokan harinya.
  • Kejer seorang eksekutif akan berakhir bila abis jer opis hour. Kadang2 bila balik umah masak kadang2 beli jer. Kemas rumah kalau larat akan buat kalau tak seminggu sekali baru buat contohnya mop lantai betul tak.
  • Seorang suri rumah melihat, mendidik, melayan kerenah si anak  24 jam didepan mata. Mmg penat tapi sangat terhibur dan puas hati dapat tahu aper anak kita makan, aper anak kita belajar dan aper pencapaian anak setakat ini. Diakui bukan senang nak menjaga anak sendiri sebab compare duduk ngan pengasuh or taska mereka lebih mudah dengar cakap berbanding parent sendiri.
  • Seorang eksekutif hanya menjaga anak sendiri sepenuhnya masa 2 bulan pertama saja. Masa yang lain2 hanya malam jer dapat  main2 sikit. Aku akui sepanjang 2 tahun lebih Syakil bersama pengasuh banayk yang dia belajar dari ibunya compare dia dapat ilmu dari aku. Agak ralat disitu tapi tuntutan kerjaya kita kena terima hakikat tu.
  • Seorang suri rumah tak penat dan pening kepala nak pikir hal2 lain macam kat opis or kerja untuk esok sebab kerja dia bebas.
  • Seorang eksekutif sentiasa berfikir banyak perkara opis, keluarga, kejer dan sebagainya.
  • Seorang suri rumah bekerja tetapi tiada pendapatan tetap setiap bulan sebaliknya hanya bergantung elaun yang diberi suami kalau ada la.
  • Seorang eksekutif pulak penatnya bekerja dibayar dengan gaji dan imbuhan setiap bulan.
Kesimpulan yang aku nak buat selepas sebulan menjadi suri rumah yang dah punyai anak mmg sangat penat. Aku pernah bekerja dan aku jugak dah jadi suri rumah. Bagi aku kedua-dua kerja adalah mulia. Yang satu menambah ekonomi keluarga dan membantu sisuami dan yang sorang lagi kemuliaan menguruskan anak2 dan rumah tangga. Walau siapa dan kat mana pun kita, sebagai seorang wanita kita mmg banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik yang mungkin. Kepada lelaki hargailah isteri kalian sebaik mungkin.


5 comments:

fadillah abdul basir said...

hmmmm.....memang betul tu...setuju sesangat.....kalau time keje,ada masa plak curi2 jenguk FB.blog bagai.....tapi bila dah jadi full time housewife ni especiaally time cuti sekolah...busynya melebihkan kerja.....,dah x de time rehat..kalau kat office ada jugak break time....kat umah asyik buat kerja umah sekejap kat dapur kejap kat ruang tamu...kejap kat sana..kat situ...adoi penat2........

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

penat sebenarnya jadi surirumah kaann..?

Nannyy NanO said...

Salam tuan umah,
saya setuju dua2 pekerjaan tersebut mulia. Tapi jadik ibu berkerja lebih susah, tambah lagi kalau takder bibik. Tapi , itu semua pandangan masing2 lar... peace!

Anonymous said...

Lom jadik suri rumah yang buat bisnes online lagi tu.. ;) Hehe..

Fieza said...

Aper2 pun pandangan tiap pekerjaan melambangkan kemuliaan kita sebagai wanita kan..