Be My Lovely Follower

Friday, May 6, 2011

Sistem failing dirumah

Kita jangan fikir diopis jer perlukan sistem failing ni tapi kat rumah pun sama penting jugak. Dulu masa duduk kat umah sewa kami mean aku n mr hubby tak alert sangat pasal hal ni sebab tak de tempat nak simpan. Maklumla kami menyewa dulu umah 2 bilik jer. So skang ni bila dah ade umah sendiri maka kami dah jadikan satu bilik adalah bilik study aka workstation kat umah. Tapi tue jugak adalah bilik tetamu. 

Bagi aku sistem filing dirumah sanagt penting untuk memudahkan urusan kita. Contoh maklumat2 peribadi kita, Agreement rumah bagi yang dah beli atau menyewa mesti ada agreement kan, Resit2 pembayaran bil, Resit2 perbelanjaan harian dan sebagainya. Resit2 perbelanjaan harian kita perlu simpan untuk audit LHDN. Baru tau sebenarnya selama ni tak pernah pun simpan resit shopping. Selain tue aku gak ade fail peribadi himpunan resepi. Senang nak blajar masak ha..ha..

So korang kat umah ade tak sistem ni. Aku pasti ramai yang dah buat kot. So sesaper yang lum buat buat la. Nampak kemas dan mudahkan urusan kita sebenarnya. Kat bawah contoh sisitem failing yang aku n mr hubby dah buat. Nampak kemas kan.

Ni bukan filing tapi nota yang aku dapat masa study kat pnbi tapi syang nak buang sebab harga dia mahal. Almost 200 ringgit per module