Be My Lovely Follower

Thursday, June 9, 2011

Santai hujung minggu di Taman Metropolitan aka taman layang2 kepong

Santai hujung minggu beberapa minggu yang lepas tapi baru nak story pasal ni. Dah lama plan nak pegi kat sini. selalu kalau lalu MRR2 dekat Kepong tue msti tengok ramai jer keter bersusun kat tepi jalan. So plan one day nak bawak syakil kesini. Seperti yang dirancang minggu tue tak de outing ke Tesco macam tiap2 minggu. Hari Jumaat mr hubby dah beli barang dapur siap2 so Sabtue tak yah pegi lagi.

Hari Sabtue petang dalam kul 3 macam tue cuaca macam nak hujan. So aku ingat mr hubby dah tak nak pegi tapi dia kata alang2 dah plan so pergi jer la. So lepas Asar jer kami terus gerak kesana. Dari rumah aku 25 kilo gak nak sampai sana. Sampai2 jer tengok keadaan cuaca macam baru lepas hujan. Maka angin tak de. Bila pegi padang jer betul la angin tak de n orang pun tak ramai. Layang2 pun tak nak terbang daa. Tapi dah samapi kami try la jugak nak main tapi mmg angain tak de. So just bawak Syakil main2 kat playground jer la. Tunggu kejap jer then mr hubby kata tak per esok kita datang lagi.

Esoknya macam biasa aku sediakan bekal aper yang patut. Kalau semalam aku bawakak karipap n nugget sebagai bekal hari ni bawak donut n kentang goreng lak. Bawak bekal sebab leh berjimat ha..ha..Air lak bancuh air rebina n sirap letak kat tempat beku n jadi ais. Bila bawak baru sejuk gitue. Dah save budget dari membeli kan. So kami gerak pas Asar jugak hari Ahad tue. Sampai2 jer mauk oi keter berderet daa. Yer la hari tue cuaca cerah n angin pun kuat. Kat padang mmg ramai giler orang. So terpaksa la parking kat luar. Tak kan nak balik lak kan. Alang2 dah datang. Semput gak la nak berjalan masuk dalam tue.

So kami try cari port yang ok sket untuk naikkan layang2. Alhamdulillah even layang2 Si Syakil harga murah jer tapi naik tinggi ooo. Yang first nasib tak menyembelahi sebab tersangkut kat pokok lak.  So terpaksa naikkan layang2 kedua. Kami cari kawasan lapang n jauh dari pokok. Naik tinggi jugak n mr hubby sambung tali lagi bg betul2 tinggi n naik stabil. Si syakil mmg happy sesangat la. Bagi aku best datang riadah kat sini tiap hujung minggu sebab sangat merah ngan pelbagai bentuk layang2. Kami stay sampai kul 7 gak baru balik.

Hari Sabtue
Macam2 jenis layang2.Sedia duit aje
Tengah prepare layang2
Angin tak de so Syakil main2 jer
Kita makan dulu
 Hari Ahad
See angin kuat maka banyak layang2 naik
Layang2 Syakil dah naik time ni. Muka budak teruja.
Semangat kami 3 beranak kan.
Happy face layang naik tinggi


0 comments: