Be My Lovely Follower

Monday, June 9, 2014

Al kisah Zafreen Syakil dan Zafreen Syafi

Lama x bercerita pasal anak bujang aku yang berdua ni. Alhamdulillah mereka dah membesar dengan sihat. Setakat ni rekod yang dipegang hampir 3 tahun x pernah warded hospital. Setakat demam dan ambik neb kat klinik ada la.

Dua2 dah makin membesar so diaorang dah jadi kawan baik dan juga musuh baik ha..ha..sebab ape musuh sebab kalah time gaduh oh x tahan aku siap kaki tangan diaorg melawan. Siabg even dah besar masih lagi x nak mengalah ngan adik. Beza umur 3 tahun antara diaorg x de beza pun aku tengok. Macam sama umur je bila diaorang main n gaduh.

Time baik bahagia je tengok. Kalau nak tengok depa betul2 baik time nak tido dalam bilik berdua. Tak kan bergaduh nye tapi mesti akan sembang2 n main2 dulu. Syafi Alhamdulillah dah tido asing since 2 tahun 4 bulan lepas dia wean off breastfeed aku train dia tido ngan abg dia. So far x de masalah dah skang ni. Masa mula2 yer la nak kn tunggu dia tido baru leh kuar bilik. Dia pun dah free diapers siang n jalan2. Actually aku x ambik masa yang lama nak potty train dia compare ngan Syakil. Dia sangat fast learner. Cuma skang ni waktu malam masih lagi pakai diapers sebab mak dia malas nak kejut ha..ha..InsyaAllah akan buat dalam masa terdekat.

Syakil lak tahun ni aku dah tukar sekolah dia dari Pasti ke Pra Sekolah. Sebab musabab aku tukar sebab anak teruna aku tersangat la manja. So untuk memastikan dia x nangis tahun depan bila masuk sekolah darjah 1 so aku masukkan dia kesekolah terus. Bukan sebab x yakin ngan Pasti. Tapi seperti dijangka bila masuk pra sekolah dia tersangat la happy sebab banyak main kot. So kat rumah mmg dia kn struggle la blajar ngan omak dia yang garang macam singa ni. Setakat ni dah boleh baca even x la lancar sangat tapi ok la. Tue pun hasil ajaran maknya yang garang ni. Nak harapkan input sekolah agak kurang la.

Hmm banyak lagi nak bercerita pasal diaorg ni tapi x larat dah nak naip. Aper yang pasti aku sentiasa doakan yang terbaik untuk putra2 aku. Dan x lama lagi both of them akan jadi abg dan aku harap diaorang akan jadi abang yang penyayang.Amin...


kenangan masa kat LEGOLAND tahun lepas


Masa bercuti ke sabah bulan 3 hr tue

0 comments: