Be My Lovely Follower

Friday, August 6, 2010

Hayati bersama rakan-rakan sekalian...

Salam pagi Jumaat sahabatku semua. Alhamdulillah hari ni kita masih sihat dan dilindungi olehnya. Wah ayat-ayat insaf yer fiza. Aku nak kongsi satu video yang aku dapat dari facebook. Sangat-sangat tersentuh bila aku hayati video ni. Rindu sangat ngan arwah mak aku. Tahun ni genap la 14 tahun mak aku meninggal. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Korang hayatilah video ni k.



Thursday, August 5, 2010

Nak shopping baju raya la..

Minggu depan dah start puasa kan. Rasa baru jer dok sibuk2 beli baju raya tahun lepas tup2 dah puasa pulak. Hmm skang ni sana sini sales kan. Mega sales diteruskan ngan sales raya sekaligus. Persiapan raya satu pun lum buat lagi. Aku since dah menetap kat KL ni jarang menempah baju. Beli yang custom made jer. Tahun ni pun macam tue la jugak gamaknya. Yang pastinya tahun ni mmg kami tak sedondon la sebabnya ialah Mr Hubby tak nak beli baju dah. The reason baju tahun lepas ok lagi..tapi mmg pun baju tahun lepas pun pakai sekali dua jer. Kalu hari kejer maksud aku hari jumaat dia bukan nak pakai baju melayu. Sudahnya tersimpan jer lam almari. tak nak beli tak pe duit buat beli baju casual jer buat jalan2. Untuk syakil pun sama baju melayu dia still muat. Tengok budget la nak beli ker tak. Aku rasa nak beli baju jalan2 jer banyak pasang sket coz dah lama tak beli baju kat dia. Untuk aku at least dua pasang wajib.

Hmm ingat hujung minggu ni nak pegi Sogo. Esok ngan Sabtue Sogo card day kan. Nak pegi cari handbag, baju syakil n baju papa dia..Hope budget cukup la..Yang merisaukan aku bulan 8 entah dapat entah tidak la gaji ni..Kalu tak dapat raya dalam bersederhana la kami. Tapi aku percaya Allah dah aturkan rezki masing2 kan. InsyaAllah ada rezki untuk kami nanti..Amin.

Note: Korang jangan pelik bila aku update blog yer. Aku datang kejer ok. Semalam aku tido umah jiran lama aku. Terpaksa tebalkan muka tido umah dia hu..hu..tak per aku jadikan cabaran ni sebagai kekuatan aku nak bawa keter. Kete skang ni di Genting bersama mr hubby. Dia bawa sebab tak harapkan aku bawa.

Tuesday, August 3, 2010

Back dated Post: Felcra Family Day 2010

Lama betul aku peram citer ni..dah sebulan dah pun. Tapi tak per dari terperam baik aku publish jer kan at least ader gak kenangan citer ni n senang nak view balik nanti.Actually tahun ni tahun ke 3 mr hubby kejer kat felcra tapi baru tahun ni felcra ader wat family day. Tahun lepas tak der. Seperti dirancang hari tue mmg plan nak gerak awal coz daftar kul 8.30 pagi.. So kami kuar rumah macam nak pi keja la jugak lam kul 7.30 macam tue..

Aku sempat masak bihun goreng wat syakil n buat roti sandwich untuk kami coz mr hubby cakap lunch jer ader breakfast dia tak pasti lak. Nak jadikan crita kami hampir tersesat coz tak pernah pi Sunway dari KL ni. Dah lama tak pg sebenarnya. Last pegi masa aku duduk kat Puchong dulu jer. Aku dah siap2 print map tapi rasa macam jauh lak but finally sampai gak. FYI husband aku bukan kaki jalan n dia mmg tak cekap jalan kat KL ni. Sepanjang kami kawin dia jarang kuar ngan kawan2 n banyak masa dia ngan kami jer. Kalu kuar hujung minggu pun ngan anak bini jer. Thats y bab2 jalan ni susah sket. First time nak pg sure tersesatnye.

Bila sampai actually majlis baru mula. Dapat makan korang. Nasi lemak lauk ayam yang sangat sedap. Disebabkan kami dah kenyang maka makan sebungkus jer la. Untuk Syakil pun ade muffin yang sangat. Disebalik kejadian anak aku sangat la tak behave. Sampai2 jer dia dah ternampak pool tue maka nak makan pun tak senang la. Asyik cakap mama nak andi mean nak mandi la tue. Pas makan mmg terus bawa dia turun n teruja tak yah cakap la. Dah lama tak bawa mandi water park macam tue la jadinya.
layan jer gambar2 kat bawah ni k.

Anak beranak yang excited main air
Syakil n mama. Daku nampak sangat chubby tak tau naper..hu..hu
Main tembak2 air
Syakil practice berenang. Skang ni practice kat rumah lak.

Dalam kul 12 macam tue syakil dah tak nak mandi pas badan dia menggeletar kesejukan. Sampai aku tanya nak mandi lagi tak dia jawab nak nak (tak nak). Kami pun bersiap2 n salin baju n mr hubby lak pg ambik lunch n makan kat rumah la jawabnya. Makan tengahari yang sanat istimewa Nasi Beriani n Nasi Tomato. Keseluruhannya kami enjoy even tak dapat nak join aktiviti2 org dewasa. Tunggu syakil besar la baru boleh. On de way balik syakil tido dengak nyenyaknya. Penangan penat main air. Budak dan air mmg tak dapat nak pisahkan kan...

Monday, August 2, 2010

Aku tengah badmood n susah hati..

Hari ni aku sangat moody. Badan aku sangat lemau gara2 semalam tak bangun sahur. Tapi yang sangat membebankan fikiran dan kepala aku skang ni adalah sebab diri aku sendiri hu..hu..Korang ade tak pernah alami pengalaman dan kesulitan yang aku rasa skang ni.

Ceritanya macam ni. Seperti korang sedia maklum aku dah hampir dua bualn dapat lesen, tapi sampai skang ni aku masih lagi tak confident nak pegang stereng kereta dan bawa kereta. Masalah utama aku tak pandai nak kawal stereng bg pergerakan smooth..hu..hu.. Alkisahnya semalam petang aku ngan mr hubby ambik keputusan nak latih kereta dari tempat kerja aku drive ke rumah aku kat Batu caves. Tapi aku betul2 tak der kekuatan bawa keter tue..Takut giler n darah gemuruh hu..hu..Br jer buat parkibg aku dah teragak2 nak pusing stereng.

Actually kalu ikut plan asal sepanjang minggu ni mmg aku yang kena bawa kete coz mr hubby ader kursus dua hari Rabu n Jumaat ni kat Genting. Tapi nampaknya mission incomplete ler. Aku terpaksa la ambik unpaid leave disebabkan cuti tahunan aku telah digunakan secara maksimum.

Aper yang merunsingkan aku, sampai bila aku nak bergantung ngan Mr Hubby. Lepas ni tak kan tiap kali dia pi outstation aku nak kena cuti. So aku kena berdikari. Tolong la korang macam ner aku nak jadi berani bawa keter ni. Tolong la kongsi2 tips hilangkan rasa tukut nak drive k..Need your opinion..hu..hu..

Macam ni la muka aku tiap kali pegang stereng. Muka tak confident langsung..

Moment With Newborn Baby Contest

Salam Monday Blues. Hari ni mood aku sangat2 down. Sebab aper akan diceritakan kemudian k. Ok kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh Alyani salah sorang member blogger aku. Actually aku reader setia blog dia coz dia selalu update n entry dia tak boring bila baca. So alya fiza join contest ni k.

Jom view syarat2 Contest k:
  1. jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda  Done
  2. jadi follower http://nayville.blogspot.com  Done
  3. letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest Done
  4. letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda Done
  5. tinggalkan link penyertaan anda pada komen entry ini. Done
Hadiah sangat2 Best k:

grand prize : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM50
1st runner up : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM30
2nd runner up : duit raya sebanyak RM30

Tarikh tutup contest 12 tgh malam 31 Ogos 2010. 

Jom Ramai2 Join kat sini k.

Nama : Muhammad Zafreen Syakil Mohd Redzuan
Tarikh lahir : 28/11/2008
berat semasa lahir : 3.17kg
umur ketika gambar diambil : 5 Days after born
nama ibu : Norhafiza Md Yusof
email : fieza5212@gmail.com
cerita disebalik gambar : Gambar diambil selepas sehari keluar dari ward. Syakil dimasukkan ke NICU kerana lemas masa dilahirkan. Sangat terharu bila melihat anak dikandung 10 bulan berada bersama dalam dakapan.