Be My Lovely Follower

Friday, October 8, 2010

Hari ini saya akan merempit balik kejer....

Merujuk kepada tajuk diatas korang mesti boleh teka jer kan bahawasanya petang ni aku akan balik kejer naik motor. Hmm dalam hati risau gak nak bawak sikecik tue naik motor agak jauh tapi aku terpaksa la. Tapi korang jangan salah anggap aku merempit mean aku yang bawa motor. Tidak la yer coz aku mmg tak pandai bawak motor pun ha..ha.. Aku akan balik ngan adik ipar aku. Semua ni sebab mr hubby terpaksa pegi Johor coz meneman sepupu dia kawin n yang jadi maslah dia bawa keter lak. So aku patah kaki la. Plan asal aku nak ambik half day hari ni tapi member kat opis ni lak cuti maka aku terpaksalah berkorban jaga opis hu..hu..Tambah2 pulak kejer bnayak giler kat opis skang ni. Tak terbuat lak. Dari pagi tadi ni baru ada masa aku nak berehat n blogwalking. Kang sambung balik kejer la. Esok cuti so minggu ni aku nak rehat jer setelah berminggu masa kami langsung tak dak untuk beristirehat kat rumah. Disebabkan mr hubby tak de maka aku akan balik Batu Caves n plannya aku nak bawak syakil mandi pool esok. Yang betulnya mama dia yang nak mandi ha..ha..
k see u. Ada masa aku posting lagi something petang karang k. Jangan lupa tengok angkasawan negara kawin Ahad ni ek...

Jika isteri menangis dihadapanmu…..

Buat suami tercinta...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Wednesday, October 6, 2010

Blogku udah macam chipsmore lak skang ni..kejap ade kejap tak de kan

Hu..hu..naper blogku jadi macam ni yer. Sebabnya tuannya yang tak update kan. Bukan tak der citer ade tapi ntah la tak tercoret lak kat sini. Pastue semalam aku menerima panggilan dari ayahanda tercinta dan menerima satu lagi berita yang sangat menyedihkan tapi aku terima dengan hati terbuka sebab semua ni terjadi sebab salah aku juga yang tak buat aper yang sepatutnya aku buat. So nak nyesal pun tak guna lagi. Berita aper nanti dah ready aku citer kat sini yer. Skang ni tengah mengubat hatiku yang lara hu..hu..

Dalam sedih2 ni kehidupan mesti diteruskan jugak. Aku skang ni tengah buat preparation untuk satu interview yang bakal aku hadapi bila2 dalam bulan 10 ni. Actually surat belum dapat tapi aku kena get ready awal2. Ni adalah harapan besar aku untuk ubah masa depan aku dan keluarga. Maksudnya aku berharap dapat kejer ni agar degree yang aku dapat ader maknanya. Maksudnya digunakan secara betul. FYI skang ni aku bekerja bukan atas tiket degree tapi hanya untuk lepasan SPM or Diploma sajok. Aku harap kali ni ade rezki aku dan ni jugak harapan besar mr hubby agar kami kejer satu company. Buat abg, ayang akan cuba yang terbaik demi abg n syakil. Kawan2 doakan saya yer. Ok till jumpa lagi. Aku akan try update blogku yang dah sunyi sepi ini.



Friday, October 1, 2010

Baby Raya Baby Bergaya Contest

Dah lama ibu batrisya invite join contest ni tapi tak sempat lak nak buat posting. So disebabkan masih ada masa maka aku mencuba gak masuk contest ni.

Contest anjuran Ibu Batrisya aka Wardah 
 Penaja bersama Mummy Ryan
 

Tahun ni syakil mmg tak de gambar pakai baju melayu pun. Ader sekeping jer. Tapi tak per la aku pertaruhkan jugak gambar yang ada ni.

Gaya dipagi raya dengan jam tangan.
Nama: Muhammad Zafreen Syakil Mohd Redzuan
Umur: 1 Tahun 10 bulan (28-11-2008)
fieza_flm04@yahoo.com

So sesapa nak jpoin sempat lagi coz tarikh tutup contest 15 Oktober 2010 jam 11.59 malam. So jom join ramai2 meriahkan lagi contest ibu batrisya ni k.

Comei lotte contest by jaijina

Hari ni aku nak try contest sebanyak yang mungkin. First aku nak msuk contest anjuran Rina aka ibu echa.
Contest ni di buat sempena hari lahir puteri kesayangan beliau Echa. Rasanya semua syarat dah cukup kot. So Rina nanti view penyertaan fiza k. Ni gambar yang dipertaruhkan adalah:

Cerita disebalik gambar: Gambar ni aku ambil masa Syakil tengah demam campak. Even tengah demam dia masih lagi bagi kerjasama kat mama dia yang dok suruh posing ni. Bagi aku Anak aku sangat2 la comel lote even time sakit ha..ha..

So kalau korang nak join klik kat Sini k. Contest ni akan berakhir pada 24 Oktober 2010 jam 12 Tengah malam. Hadiah sangat menarik ok.
1st prize : 1 set baby gap pyjamas + duit raya RM50
2nd prize : 1 set baby gap pyjamas + duti raya RM40
3rd prize : 1 set baby gap pyjamas + duit raya RM30
 
So jom join ramai-ramai k.Hope ade rezki Syakil kali ni