Be My Lovely Follower

Monday, June 21, 2010

Emergency Leave - Balik Kampung

Hari Khamis malam ayah aku telefon bgtahu yang tok ayah aka atuk aku nampak tenat lepas operation n dia mintak kami balik segera. So nak tak nak aku terpaksa mintak EL hari Jumaat tue. Kitaorg gerak pg coz mr hubby nak rehat kejap.

Berbalik cerita pasal atuk aku tue, actually dia kemalangan dah dua minggu lebih 1/6 hari tue dah masuk ward..masa tue dia ngan wife dia aka nenek baru aku nak kuar pg pekan Jeniang pastue motor tetiba pancit then aper lagi melelong la motor n akhirnya jatuh. Atuk aku agak serius coz motor jatuh kat atas dia. So dia cedera kat dada, lutut dia hancur tulang dalam n patah kat betis, n 3 jari, jari hantu, manis n kelingking. After two weeks baru dr wat operation coz atuk aku ade masalah paru2..maklumla umur dia dah 79 tahun..korang leh bayangkan la kan..So bila operate jer tulang yang patah tue semua dah reput so alternatif lain dr ambik tisu tulang pinggul la nak tampung balik kat tulang yang reput tue..so dua tempat la yang sakit..Lepas jer operation jadi satu masalah lain lak..tekanan darah dia very low so dr tak boleh bg pain killer yang banyak..so mmg sakit tak yah cakap la pas ubat bius dah habis n keadaan dia agak teruk masa aku sampai..Tapi alhamdulillah esokya nampak dia ok sket tapi still dalam pemerhatian la..

Bila org tua sakit ni agak cerewet sket nak jaga..macam ni atuk aku mmg tak gerak langsung coz kaki dia langsung tak leh angkat tapi dia tak nak kencing berak dalam pampers nak jugak bangun pg bilik air. Sabar jer la. Bila banyak gerak maka dia akan sakit tapi tu la kerenah org tua kena sabar jer la kan..

Semalam atuk aku dah nampak ok ayah aku bgtau. Korang doakan kesihatan dia k. Dah kebetulan balik Kedah wajib la singgah ke Perak kejap. Tue mmg dah jadi kewajipan mr hubby..dah mmg kampun kami satu laluan sabar jer la..tido semalam jer then semalam pas makan tengha hari terus balik KL.

Oh ya semalam sempat singgah umah aku kat Rawang. Alhamdulillah meter dah pasang n rumah aku dah ader air. So dalam bulan 7 ni confirm kitaorg akan pindah rumah..

Balik kg kali ni tak banyak ambik gambar coz duk tengok org sakit jer kan..ader beberapa keping jer yang aku snap masa kat umah abg aku..Actually kitaorg tak balik kg aku pun just sampai Sungai Petani jer coza atuk aku duduk hospital sana. Malam tue tido umah abg aku jer.

Syakil ngan anak abg aku balqis dan fatihah serta adik aku yang kecik iman

Syakil main depan laman. Dia rasa best leh main tempat luas. Tak per syakil pas ni leh main kat umah kita lak k..

On the way balik KL..

0 comments: