Be My Lovely Follower

Monday, June 21, 2010

Syor mansuh UPSR, PMR

Sebelum aku citer pasal balik kg terkejut hujung minggu lepas aku tertarik nak kongsi sikit berita yang kau baca jap tadi..korang rasa ok ker tak cadangan ni ek.Jom view dulu k..

Kementerian cadang mansuh UPSR, PMR: Langkah ubah sistem pendidikan orientasi peperiksaan

PAGOH: Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.  "Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu saja peperiksaan awam, seperti (contohnya) pada peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saja.

"Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.

Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja.
“Adalah lebih wajar jika penilaian pencapaian pelajar dibuat pada peringkat akhir selepas 11 tahun di sekolah iaitu dengan hanya mengekalkan peperiksaan SPM sebelum mereka menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

"Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tak pakai lagi PMR dan UPSR, orang (bakal majikan) tak tanya pun keputusan PMR atau UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan peringkat universiti yang diambil kira," katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain selain mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk warga pendidik, pelajar dan masyarakat.

Katanya, kajian pihaknya juga mendapati ada negara lain yang tidak mempunyai banyak peperiksaan seperti di Malaysia, malah ada sesetengah negara yang hanya mempunyai satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah.

"Di Malaysia, ini adalah kesan daripada sistem yang terlalu ala peperiksaan menyebabkan fokus kita hanya berdasarkan keputusan peperiksaan, semua A atau 12A+ menyebabkan kita perlu meneliti untuk mengubah sistem itu," katanya.

Beliau berkata, pengurangan peperiksaan di peringkat sekolah itu membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.

Hmm pada pendapat aku ada baik buruknya cadangan ni. May b anak2 kita pada masa hadapan cenderung lebih bijak n maju namun kita sebagai ibu bapa perlu tahu mampukah anak2 kita jika cadangan ini diteruskan..Terus ambik SPM jer..aper pendapat korang yer..

3 comments:

Anonymous said...

pndgn ku:
jgn mansuhkan upsr n pmr sbb..

1. lps upsr ank2 bule pilih aliran yg dorg nak - sek b'asrama penuh, sek agama, sek biasa..

2. lps pmr ank2 still bule pilih aliran yg dorg rs sesuai dgn jiwa dorg - still bule apply sek b'asrama penuh, teknik, vokasional, agama tggi atau continue sek biasa klu nak..

3. lps spm - anak2 dh ada target untuk pilih apa jenis kerjaya yg dorg nak time apply U..minda n matlamat dh start fokus

klu upsr n pmr dimansuhkan..setakat mn kita nk tau kebolehan ank kita..just nk hrp markah exam yg cikgu sek sndri buat n cikgu sek sendri tanda??..

kdg2 pelik dgn cadangan ORANG BIJAK PANDAI ni..patutnya tgktkan pncapaian instead of MANSUHKAN..mcmne agknya pndidikan bl ank aku sek nanti ek??

Anonymous said...

pndgn ku:
jgn mansuhkan upsr n pmr sbb..

1. lps upsr ank2 bule pilih aliran yg dorg nak - sek b'asrama penuh, sek agama, sek biasa..

2. lps pmr ank2 still bule pilih aliran yg dorg rs sesuai dgn jiwa dorg - still bule apply sek b'asrama penuh, teknik, vokasional, agama tggi atau continue sek biasa klu nak..

3. lps spm - anak2 dh ada target untuk pilih apa jenis kerjaya yg dorg nak time apply U..minda n matlamat dh start fokus

klu upsr n pmr dimansuhkan..setakat mn kita nk tau kebolehan ank kita..just nk hrp markah exam yg cikgu sek sndri buat n cikgu sek sendri tanda??..

kdg2 pelik dgn cadangan ORANG BIJAK PANDAI ni..patutnya tgktkan pncapaian instead of MANSUHKAN..mcmne agknya pndidikan bl ank aku sek nanti ek??

fieza said...

yup sedara saya setuju sanagt ngan pendapat tue..kalu terus jer ambik spm diaorg tak kan dapat nak choose aper yang diaorg nak..coz bila dah meningkat dewasa baru diaorg boleh fikirkan yang terbaik untuk masa depan mereka kan