Be My Lovely Follower

Thursday, December 9, 2010

Pertama kali menjejaki kaki ke Sekinchan Selangor

Mmg serious ni first time aku sampai sini. Dari umah aku kat Rawang jauh gak la nak sampai. Dalam dua jam lebih gak. Pastue kami ikut jalan lama. Ya ampun jalan macam nak pg cameron or genting jer. Oh ya lupa lak nak mention tujuan utama pegi adalah sebab kenduri umah Akak MIL aku aka mak lang mr hubby. Dan ni jugak sebab utama MIL aku dan semua adik2 datang KL. So diaorg ni datang KL sebab kenduri dan jalan2 la bak kata pepatah sambil menyelam minum air.
Berbalik kepada citer kenduri. Sepanjang jalan dekat2 nak sampai umah kenduri tue banyak org jual mentarang. Glamour kot kat sini. Sedap ker mentarang ni eh. Aku pun tak pernah makan. Pastue ade jual jagung fresh. Sempat gak beli bawak balik. Kami sampai umah kenduri dalam pukul 1.30. Masa tue pengantin tengah makan. Kami pun perut dah berbnyi so terus ngap jer la. Tapi kan ade perkara pelik aku saksikan masa kenduri ni. Masa nak ambik makanan kan, org kampung pun sibuk dok bungkus lauk bawak balik. Sedangakan masa tu baru kul 1.30. Korang bayangkan time tetamu datang diorng pun sibuk dok masuk lauk dalam plastik. Ambik lauk kat tempat hidangan tetamu lak tue. Bg aku sangat tidak sopan. Even aku tau diaorg tue mentara mungkin tapi kalau nak bungkus lauk jangan la masa tetamu nak makan kan. Dah tue cedok sampai habis lak tue lauk. Ish2 teruk sungguh. Last2 aku pg ambik nasi sebelah lelaki.
Lepas makan kat luar menjamu selera lak makanan pengantin kat dalam dan ade sesi memotong kek dan bergambar. Time kenduri ni la baru dapat jumpa semua adik beradik belah Mr Hubby. Yang aku tak kenal pun ado. Tak kenal mean tak pernah jumpa ler. Kami balik lebih kurang kul 4 dan sampai rumah dalam kul 6 lebih. MIL n PIL tido umah abg ipar aku kat Shah Alam dan kami bawak adik2 tido kat umah jer. Jom layan picas yang sempat di ambil.

Syakil dan sepupu2nya before kuar pegi kenduri, Haziq dan Hamizan. Anak abg ipar aku
Pengantin Naik Vespa
 Makan Bersuap.
 Papa dan Syakil
 Mengamuk nak Ais Cream..mama buat muka cool lagi ha..ha..
 Potong Kek. Gambar blur ja tak tau naper
 Bergambar kenangan. Pun blur
 Keluarga Pak Man besar sangat. Tak muat camera. Ntah saper ambik ni. Muka aku pun tak masuk hu..hu..
 Abg ipar aku sekeluarga
Sekian. Pasangan pengatin ni muda lagi. Yang lelaki 23 or 24 tak silap aku yang gurl lak 21 tahun baru..K nanti sambung entry jalan2 ditahun baru 1432 Hijrah

1 comments:

az rina a.k.a jaijina said...

cun aje gambo pantin naik vespa tuh..