Be My Lovely Follower

Thursday, May 26, 2011

Monthly Check up 26++ weeks

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 7 bulan aku preggy. Dan dah 3 bulan aku makan anggur kat umah ni. Lagi cepat masa berlalu aku rasa. Lagi 2 bulan lebih jer nak kuar baby kecik ni. Skang aktiviti dalam perut mama dia ligat berpusing sana sini. Dah terboyot-boyot perut kalau dia memusing. So far last Monday aku pegi rutin check up kat KK macam biasa. Pegi ngan Syakil lagi sebab mr hubby outstation. Semalam baru balik. So keseluruhan check up semua ok. Tapi ade yang tak berapa nak happy sebab BSP test kena buat lagi sekali even result aku ok jer hari tue..Hu..hu..tak suka..tak suka..So diaorg bagi date baru 6/6 ni. Hmm masalah utama transport la. Mr hubby mesti kena cuti lagi hari tue. So keseluruhan hasil check up semalam:

Berat: 58.1 - Pecah rekod ni lum capai 60kg sebab masa syakil dulu dah 60 kg lebih ni
HB: 11.7 - Ye ha. Aku suka sebab dah naik. So kena teruskan diet makan sayur banyak2 ni.
Baby semua ok tapi tak scan la just dengar jantung jer.

So next check up 13/6 n pas tue tiap dua minggu sekali lak kena ulang alik kk. Aku belum lagi scan untuk tahu jantina. Mmg kali ni aku tak followup ngan klinik swasta macam syakil dulu. Hope semua ok2 jer. Tapi aku ingat hujung minggu ni nak scan jugak nak tahu gender aper. Baru semangat nak cari nama n beli barang sket2. Aper2 pun aku doakan semua baik2 jer. Aminnnnnn

Note: Masih belum buat aper2 persediaan n beli aper2 barang baby berikutan belum dapat budget dari menteri kewangan aka mr hubby hu...hu..Susah gak la tak kejer ni. Sabar  jer la...

0 comments: