Be My Lovely Follower

Wednesday, May 4, 2011

Update Check up 24 weeks or 6 months progress & MGTT Story

Fuh citer dah seminggu lebih baru terupdate. Akibatnya banyak BE dah jadi ME. Nasib la fiza kalau dah jarang2 nak update blog macam tue ler jadinya. Disebabkan mood down kena jalankan BSP punya pasal la jadi macam ni. Tak per la aku dah boleh timer kenyataan. Yang penting skang ni aku dah kena jaga makan untuk kesihatan baby jugak. No more air manis n no more makanan lebih karbohidrat. So skang ni tengah catu makan. So kalau bulan depan berat aku turun jangan nurse terkejut sudah ler.
Pejam celik pejam celik aku dah pun bawak baby ni kehulu kehilir selama 6 months. Skang ni dah terasa beratnya perut. Baby pun dah macam2 stail dah berpusing. Kalau time nak tido lak msti terkuit2 jer rasa perut ni. Now dah dapat rasa feeling nak jadi mom for second time. Teruja gak even dah pernah rasa sebelum ni. Lain anak lain perasaannya. Syakil lak so far dah faham kwujudan baby kat tummy mama dia ni. Kadang2 terjerit2 dia panggil baby suruh bangun. Antra ayat yang selalu dia cakap "baby bangun la makan" Ha...ha.. aper la budak besar tue faham kan.
So udate tentang checkup minggu lepas
Berat = 57.4
HB = 10.8..masih lagi rendah. 
Tinggi rahim = 24
Yang lain semua normal kecuali HB aku jer bermasalah. So far aku masih lagi dikalangan ibu hamil berisiko anemia. Hmm masa tak ngandung ok jer bila ngandung jer msti ade masalah ni. Pengorbanan nak jadi seorang ibu kan. So next check up hujung bulan 5 ni n masa tue dah almost 7 months. Cepat sungguh aku rasa masa berlalu. Setakat ni aku masih tak buat per2 persiapan untuk baby baru ni. Mungkin dia tak semewah Syakil dulu sebab mama dia tak bekerja skang ni. Scan pulak may b aku kan buat beberapa minggu lagi. Berdebar gak nak tahu baby aper sedang kick2 kat dalam ni. So nanti aku kan update lagi k.

MGTT Test

Hari Isnin tue aku ingat boleh buat ujian MGTT terus tapi kat KK Rwang ni hanya buat hari Jumaat. Maka hari Jumaat tue aku terpaksa la bertapak ke kk lagi. Actually kali ni aku silap teknik sket sebelum buat MGTT Test tue. Hari Kamis aku berpuasa maka malamnya kau makan nasi n kek pisang 2 keping. Aku rasa tu slah satu penyumbang result yang teruk untuk test tue. Benda dah jadi maka tak guna la aku nak nyesal. So macam yang aku citer sebelum ni disebabkan MGTT Test aku sangat tinggi iaitu 9.1 selepas minum air gula. Mmg bacaan orang ade kencing manis tue. Nak tak nak aku la jalani BSP hari Isnin ni 9/5. BSP kena la ulang alik kk 4 kali sehari jawabnya. Nasib la kebetulan mr hubby outstation mggu depan maka adalah transport aku nak gerak. Doakan dipermudahkan segalanya k. Aku dah start catu makanan minggu ni n berharap sangat result elok. Sesaper tahu petua nak bg result cantik dari segi pemakanan kongsi2 langan aku k. Thanks semua.

Kat bawah ni beberapa gambar mak buyung 24 weeks pregnant. Aku mmg tak suka ambik gambar time preggy sebab kembang semua benda hu..hu..


Note: Aku tak pasti naper gambar blur jer. Janji ado jer la eh..

2 comments:

alyyani said...

alahai fieza, tang mana yg kembang nye. tak nampak mcm pregnant pun. nak tau gak adik syakil ni boy ke girl. jaga makan ok! :)

Fieza said...

Thanks Alyya..