Be My Lovely Follower

Thursday, May 5, 2011

Berkebun bersama Mrs Fiza..

Dah lama aku tak citer pasal tanaman kat umah aku ni. Since duduk kat sini tak sempat lagi nak bercucuk tanam bagai. Niat dihati macam2 nak beli kat nursery tapi lum terbuat lagi. Skang ni kan musim hujan maka aku rasa is the best time la nak bercucuk tanam kan. So skang ni tengah mencari ilham menggoogle lanskap yang ok utuk tanah sekangkang kera yang ade ni. Actually aku nak buat mini taman la kat depan umah ni. Ruang yang ade terhad jer. Lain la corner lot best la ruang luas.

Entry kali ni just nak kongsi2 tanaman yang sedia ada kat umah aku ni. Tak lain tak bukan tanaman untuk memasak jer yang ade. Daun kari, daun pandan n serai. Dulu aku pernah citer kat entry ni yang kami ambik semua tanaman ni kat kampung. So selepas hampir setahun pokok2 ni semua tumbuh subur. Melainkan pokok cili jer tak hidup.  So kesimpulannya tanah umah aku ni mmg subur gak la. Yang tak tahan rumput pun cepat benor tumbuhnya. Per2 pun skang ni kalau nak masak mmg senang. Just ambik jer bahan mentah kat belakang umah. FOC gitu.

Ni gambar masa aku baru jer tanam.

Betik. Aku sebenarnya confuse betik ni nak berbuah ambik masa berapa lama eh..
Daun pandan merimbun dengan jayanya
Serai yang hanya dari 2 batang skang ni dah merimbun.
Daun kari lak tersepit kat situ sebab serai dah makan ruang. Bercabang2 dah tumbuh..
Ni pokok kunyit. Dah tunggu hari maka aku kena cari kunyit baru untuk tanam..
Rumput kat depan umah pun hidup subur jer. Tapi tak gunting lagi. Tunggu panjang sket lagi kot baru gunting nanti. So tue jer la tanaman kat umah aku buat masa ni..Ruang yang terhad nak tanam aper2 pun kena gak fikir banyak kali.
Rumput yang tumbuh subur..

4 comments:

cikmOt said...

adoi...ni tak sabar nak dok umah sendiri ni...

Fieza said...

cepat2 la beli cik mot harga rumah makin naik skang ni..

Eye-Me said...

Tumpang lalu~

Kalo ruang ciput tpi tnh subur xkesah . . .

Skali dpt tnh xsubur, mslh . . . hehe

lynnhelite said...

I pun x sabar nak buat landscape nih...
rumput tu ambil brape lama nak tumbuh
cantik mcm tu?