Be My Lovely Follower

Wednesday, May 12, 2010

Demam Piala Thomas dan Piala Uber

Wah sana sini bloger citer pasal Piala Thomas semalam..so aku pun nak gak jadi pengulas sukan ni he..he..
Tension giler kan Malaysia kalah ngan Jepun lak tue..Actually hubby aku mmg obses sanagt nagn badminton..bg dia badminton adalah jiwa dia..konon la..klau dapat tengok badminton dia tak kan berganjaka langsung la dari depan tv tue..

Ok berbalik pada cerita badminton semalam umah aku mmg riuh la ngan sorakan n kutukan sekali..skang ni kat umah ada adik ipar aku aka adik mr hubby datang cari kejer kat kl ni..so mmg meriah la..Sekali ngan syakil bersorak sakan sebab dia tengok kitaorg bersorak..tapi dia kan cakap aper tau..gol....gol pun gol la syakil janji happy ha..ha..

Mmg frust sngat Malaysia kalah kan..Hafiz Hasyim mmg dah kena kutuk nagn mr hubby la jawabnya..aku ni tak suka satu jer bila dia tengok mulut pun sama gak mengomen..main hentam jer nak ngutuk org..katanya lepas geram..tapi tu latak dinafikan tengok badminton ni boleh sakit jantung kan..so bg org2 yang tak der channel sport tue boleh tengok kat Channel Arena k 801.

Malam ni sama2 depan TV tengok Malaysia lawan Denmark k..MALAYSIA BOLEH..!!!

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu, Mama, Umi, Mak dan sewaktu dengannya

Agak terlambat aku buat entry hari Ibu ni..tapi tak per la at least ada gak cacatan hari yang patut diingati kan..Bagi aku hari2 adalah hari ibu..Nothing special n tak der aper2 sambutan just buat kek n sambut kat umah jer..hu..hu..

Sempena hari ibu ni aku nak wish kat My step mother yang aku dah anggap macam mak aku sendiri dan My MIL yang aku kagumi sebab mampu menjaga samapai 14 org anak..aku baru sorang..hu...hu..Even diaorg tak bc blog ni tak per aku tetap wish gak..(dalam tel dah cakap he..he..)

Dikesempatan ni jgk aku nak kongsi citer tentang Arwah mak aku..Mak aku meninggal masa aku umur 13 tahun dan adik aku yang kecik baru umur 4 tahun..Dia meninggal sebab komplikasi buah pinggang. Actually sebelum dia sakit mmg langsung tak sangka dia ade sakit kronik macam tue..dia cuma demam jer dua minggu before meninggal pastue bila refer hospital dr sahkan dua2 buah pinggang mak aku rosak teruk dan ader jangkitan sampai paru2..dr cuba gak nak bg rawatan tapi Allah lebih sayangkan mak aku..masa kat hospital mmg mak aku tersiksa gak kena tebuk kat perut masuk air kuar balik n pernah jadi satu hari ade dr pelatih silap operate mak aku samapi darah memancut2 kuar dari perut dia..mmg sedih snagt even masa tue aku ni tak brapa nak matang lagi..Lepas 2 minggu mak aku meninggal..bila aku dah makin besar aku kesal ngan diri aku sebab aku tak banyak berbakti ngan mak aku, aku tak puas peluk cium dia, aku tak dapat ucap selamat hari ibu kat dia, aku tak dapat bg apa2 hadiah kat dia, bila dia mintak tlg aku selalu mengeluh..rasa menyesal sangat..tapi yang dah prgi tetap pergi aku hanya mampu mendokan kebahgiaan arwah kat sana.Lepas mak aku meninggal kesan paling besar adik aku la sebab masa tue dia kecik lagi baru 4 tahun. Sebab tue sampai skang ni adik aku sangat manja coz arwah mak tinggal masa dia kecik lagi so ayah manjakan dia lebih sket Kawan2 mintak seekahkan Al fatihah kat Arwah mak aku yer..Al Fatihah..Amin

Pesan aku kepada semua di luar sana yang masih ada mak dan ayah hargailah diaorg sementara diaorg masih ada..ibu bapa aset yang tak ternilai..

p/s : Entry tanpa gambar coz camera rosak..hu..hu..

Wednesday, May 5, 2010

Syakil 1 Year and 5 Months

Alhamdulillah anak mama dah setahun 5 bulan lebih.. Dah makin cerdik dan banyak akal..Dan yang paling penting syakil dah ade selera nak makan n dah tak menolak nasi..paling dia suka nasi ayam..aku listkan beberapa pencapaian syakil setakat ni..

- Seorang yang banyak mulut dan banyak cakap..suka menyanyi dan menari..so aku buat kesimpulan syakil ni suka n pandai berhibur..
- Banyak word dah dapat sebut ngan jelas..antaranya
    ~ bird
    ~ cat
    ~ tiger
    ~ ABC
    ~123
    ~ I You- maksudnya i love you merujuk kepada lagu barney
    ~ Ball
    ~ Atuh - Jatuh
    ~ Akit - Sakit
    ~ Fish
    ~ Yak - Berak
  
Ade lagi tapi aku tak ingat la..n skang ni aku tengah train cara nak gabung ayat sket2

- Dah boleh diharap suruh itu n ini..sure dia akn buat then aku akan cakap rajin n said hug mam syakil goob boy and dia kan peluk aku..cute sangat
- Suka Nyanyi lagu Barney dia boleh sebut I love U jer yang lain ngomong bahasa dia la..
- pantang dengar lagu akan joget tak hengat punya..suka tengaok hotel mania coz banyak lagu kan..
- skill pegang sudu dah improve sket tapi dia tak pandai minum dalam cawan..hu..hu sebab aku ajar dia guna straw kan..so skang ni aku baru nak train balik..
- Maasih lagi jeles kalau aku manja2 ngan papa dia..dia amat manja ngan aku compare papa dia..kalu tak nampak kejap pun dia akan pusing satu umah panggil ma..ma..ma..

Nanti aku citer lagi perkembangan anak terunaku itu k..Syakil..mama love you so much.....







Aku Susah Hatiiiiiiii

Hu..hu.. Entry sedih ni..tak tau nak share perasaan ni kat mana..so menulis dalam blog jer la..Tajuk pun dah tau nak luah perasaan kan..Actually start bulan lepas lagi aku dah rasa perasaan ni tapi still boleh terkawal tapi skang ni dah masuk 2 bulan so aku tak dapat tahan lagi..

Kadang2 aku terfikir naper susah sangat aku nak dapat kejer tetap dan ikut kelayakan aku..dah banyak borang kejer aku isi satu pun tak sangkut..skang ni aku dah 27 tahun..lagi 3 tahun jer nak masuk 30 hu..hu.. tapi aku masih lagi gagal dapat kejer tetap..Sebelum ni kau tak brapa kisah sangta sebab agak selesa dengan kejer skang ni tapi dalam 2 bualn kebelakangan ni company aku dilanda masalah kewangan yang kritikal..bulan lepas jer dapat gaji pertengahan bulan,bulan ni tak tahu la pulak macam ner nasib aku..and aku pun tak pasti la sampai bila company aku skang ni boleh survive..

Untuk aku ngan hubby yang kejer makan gaji ni mmg agak sesak kalu kejer sorang tambah2 bila nak bayar hutnag itu ini..even aku akui org lain jadi suri rumah boleh jer hidup..mmg aku akui mr hubby mampu tanggung kami, tapi dia cuma engineer kerajaan gaji cukup makan jer so aku tak sampai hati tengok dia kejer sorang2..aku nak yang terbaik untuk keluarga aku..Bulan ni kitaorg mmg sesak sangat coz duit banyak habis buat renovation rumah..

Tapi aku tahu Allah dah tetapkan rezki kita masing2 so aku akan terus berusaha cari kejer yang terbaik dan berdoa dimurahkan rezki selalu..as long as company skang ni survive aku kan terus kejer sini and sambil2 cari kejer lain..korang doakan aku yer..Amin.. Kalu akku susah hati ni la pengubatnya


Anak mama dah besar


Tuesday, May 4, 2010

Untuk Renungan Bersama

Tadi aku tersinggah kat satu blog aku terjumpa article ni..jo kita renungkan bersama..

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60 . Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta.

Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.

Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Michealmengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita.

Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit.

Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik?

Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta.

Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati?

Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.

Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik.

Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup?

Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan.

Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari .

Ini benar2 terkesan dalam hati saya.Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlahdunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.Terjadi kepada kenalan saya.

Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut. Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya.

Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah.

Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam.-..Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri.

Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...Akhir kata, berlajarlah untuk berkata

CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ......" "

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD,
jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "