Disebabkan weekend ni ada aktiviti lain, maka malam ni kami anak beranak kena la membersihkan rumah tue secepat yang boleh. Dah tak banyak masa lagi nak buat semua tue tinggal seminggu jer lagi nak pindah n packing semua barang. Maka minggu depan akan menjadikan minggu yang sangat bz bagi aku dan suami. Antara aktiviti weekend ni :
1) Hari Sabtu nak kena pegi Rawang pasang railing tingkap n buat langsir rumah. Entah la sempat ker tak siap
langsir tue. Pastue nak pasang Assesori bilik air yang dah dibeli.
2) Hari Ahad lak kena attend Family Day Felcra Berhad company my hubby. Harus aku ikut coz buat kat
Sunway Lagoon. So sesapa blogger yang keje kat Felcra leh jumpa aku k.
Ok berbalik kepada cerita rumah tue. Buat masa skang ni rumah batu caves akan jadi rumah singgahan time hari kejer. Disebabkan both of us kejer kat setapak so nak ulang alik ke Rwang hari2 mungkin tak mampu coz jalan Rwang KL sangat2 jam time hari kejer disebabkan oleh contruction pembesaran jalan dan pembinaan highway Kuala Lumpur Kuala Selangor. Then adik ipar aku pun akan duduk kat Batu caves jugak menyewa dengan kami.
0 comments:
Post a Comment