Be My Lovely Follower

Monday, September 6, 2010

Iklan Raya TV3 2010 Macam Iklan Chrismas - TV3 Mohon Maaf Secara Terbuka

Semalam aku tengok berita utama kat TV3. Tetiba ada slot TV3 mintak maaf pasal iklan diaorg n menarik balik iklan tue. So hari ni datang opis google la cari maklumat pasal ni coz aku pun tak perasan iklan yang mana dimaksudkan tue. Then aku jumpa topic pasal ni di blog Cikgu Dahlia.

Untuk maklumat lanjut korang boleh masuk kat page Facebook kat Sini atau korang leh juaga view blog Sharinginfoz. Aku just conclude jer pasal iklan tue ek. Antara fakta2 daripada iklan tersebut yang dibantah adalah:

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.
1. Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2. Buku - Bible
3. Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4. Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5. Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6. Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7. Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1. Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2. Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3. Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

Aku try cari kat Youtube iklan tue masih ada lagi. Korang nak tengok masuk sini k. Aku puji sungguh orang kita yang alert pasal iklan ni. Kalu aku sendiri mungkin tak dapat nak tangkap gak rasanya. Hmm may b pas ni TV3 perlu berhati-hati lagi k.

0 comments: