Be My Lovely Follower

Wednesday, December 22, 2010

Emergency half day leave semalam

Entry sebelum ni aku ade mention yang papa syakil aka mr hubby tak jadi warded hari ahad hari tue kan. Tapi tetiba tengahhari semalam Dr tel mintak admit segera sebab pg ni (hari ni la-Rabu) kena jalankan operation. So semalam aku terpaksa emergency leave untuk menghantar my hubby ke hospital ampang kat Pandan Mewah. Lepas hantar terus ambik syakil n balik umah. Dia dah start puasa kul 12 semalam dan aku rasa masa tulis entry ni dah selamat masuk OT kot. Doakan semua ok k. Aminn

Monday, December 20, 2010

Habuan Budak Terlebih Bijak........

Seperti yang aku citer Jumaat lepas, hari Ahad Mr Hubby sepatutnya admid ward tetapi tak jadi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Tapi tue pun selepas dah sampai hospital dan dah admid barau la Dr bgtau yang operation tak dapat nak buat sebab ade kes kecemasan lain maka balik rumah balik la dia.
Aper aku nak citer ni sebenarnya bukan pasal Mr Hubby tapi pasal sikecik heroku sorang tue la. Disebabkan plan nak admid ward maka bangun2 tido kami terus siap nak balik umah Batu Caves. Dah siap angkat barang semua aku tinggalkan 2 beranak tue sebab nak pegi kedai beli roti kat Syakil sebab dia lum breakfast. Balik kedai jer aku dah dengar dia meraung. Masuk pintu pagar terkejut beruk tengok hidung dia berdarah n mulut bengkak n muka mr hubby yang cuak. Aku tanya dia jatuh kat mana. Dia kata Syakil bergayut kat tingkap kereta konon2 terer la boleh buat benda baru. Sambil jerit2 tunjuk kat papa dia sekali tangan terlepas gedebuk jatuh. Masa jatuh tue dai bukan jatuh bawah terus tapi hidung ngan mulut terkena penghadang tepi tingkap tue. Memula aku cuak la jugak sebab hidung dia berdarah tapi bukan mengalir la. So decide pegi klinik jer. Dr cakap tak der per2 sikit jer sebab tak der pendarahan tanpa henti. Just bg ubat surutkan bengkak jer. Jadila mulut anakku itu macam muncung itik. Ha..ha..Its ok kata anak lelaki kan..sikit jer tue. Ni baru Hero mama. Gambar masa kejadian aku tak ambik tapi ni gambar malam tadi. Still bengkak lagi mulut dia tapi masih nak posing gituu..Nasib la tak patah gigi tau..
Gambar ni bukan Savy tapi aku ambik kat google. Kat situ la dia kena.
 See masih boleh buat peace n control comel lagi..Dah tak sakit la tue. Dia tengok cermin then bgtahu kita mama bengkak la...
 Hilang kehandsomemanku..hu..hu

Pertemuan Kedua Adam Dan Syakil

Ni citer 2 minggu lepas punya weekend. Baru nak update. Hari Sabtue malam kawan aku masa belajar actually college mate la kot org panggil ek masa kat UUM telefon. Kami duduk satu kolej dari sem 1 sampai la sem 6. So even lain kos tapi kami ni kira geng la kat kolej. Banyak2 geng kolej, dia jer satu2nye kawan yang aku dapat jumpa lepas habis blaja. Yang lain semua belum ade kesempatan lagi nak jumpa even semua dah berkeluarga. Ok ceritanya dia call nak ajak aku pi kenduri umah salah sorang budak kolej Telekom gak dulu, geng JPPK, kawan aku  ni glamour dulu sebab JPPK kolej. Aku kenal yang nak kenduri ni Normah. So dah kebetulan dekat jer ngan umah aku maka aku pun setuju la nak ikut esoknya. Umah pengantin tue kat Serendah. Lagipun dah lama tak jumpa si Zita ni. Last jumpa masa anak dia adam n syakil umur 5 bulan gitu. Lama kan. Dah setahun lebih la. Seperti dijanjikan dalam kul 2 macam tue Zita tunggu aku kat Sekolah Taman Garing Utama, jalan nak masuk umah aku. Then kami sampai umah kenduri dalam 2.30 gitu. Lepas kenduri aku ajak Zita datang umah dah alang2 datang situ kan. Agak malu sebenarnya coz rumah aku kan kosong jer. Tapi tak kisahlah janji umah sendiri ha..ha..Ko datang lagi 3 tahun Zita. May b masa tue ader kot perubahan umah aku ni. Diaorg sempat solat sebelum balik Putrajaya. Sempat gak la ambik beberapa keping gambar masa Adam n Syakil jumpa tue. 
2 sekawan. Kalu ikut tarikh lahir Adam lebih tua dari Syakil tapi kalau ikut corrected age Adam muda dari Syakil sebab Adam dilahirkan tak cukup bulan.
 Bersama anak2
 Sangat behave bila ade kawan. Boleh consider bg main mainan dia.
 Ni la pengantin. Masa ni Adam nangis tapi Syakil maintain dengan peacenya
 Ni lak gambar masa diaorg jumpa time 5 bulan. Jauh beza dah muka kan.


Friday, December 17, 2010

Nilai Sekeping Syiling 50 Sen

Last week aku dibantu pembantu setia aku, saper lagi my handsome boy sorang tue la si Syakil mengira duit tabung yang hari2 si Syakil dok masukkan. Duit saper lagi mama papa dia la jugak. So dalam dok mengira tue aku terjumpa la satu duit syiling lama 50 sen yang ada longkang atau terbelah kat tepi tue. Syiling tue adalah pada tahun 1967. Lama tue kan. Cuma skang ni ade saper2 tau tak nilai duit tue kalau nak jual ha. Bukan aper aku ni bukan minat sangat ngan barang2 antik ni ha..ha..Kalu jual leh dapat ratus2 nak jugak aku jual ha..ha..
Then ada kawan adik ipar aku kat opis ni mmg penjual barang2 antik n ambil harga barang antik dengan harga tinggi. Cuma dalam senarai barang tue dia tak nak lak syiling tahun 1967. Kalau 1974 atau 1972 aku tak pasti sangat dia ambik RM500 tau. Berbaloi kan..50 sen jual dapat 500. So kalau der sesape cari syiling tahun 1967 ni contact aku k. Harga boleh dirunding. Aper yang aku tahu masa tahun tue syiling yang dikeluarkan sanagt terhad. Sebab tue ramai pengumpul barang antik cari. May b ader value yang tinggi kan.


Penghulu segala hari datang lagi..Weekend pulak menjelma.

Hari ni dah 17 Dec 2010. 2 weeks more nak melangkah ketahun baru. Seriously tahun ni aku rasa paling cepat masa berlalu compare tahun lepas. Banyaknya wisklist belum terlaksana disebabkan banyak faktor. Tahun  ni jugak tahun paling tak best aku rasa sepanjang aku jadi ibu yang bekerja. Sebab ape??? Hampir sepanjang tahun gaji yang aku dapat on off jer. Dan disebabkan faktor itu kewangan keluarga agak tak memberangsangkan. Tiada percutian keluarga tahun ni selepas peristiwa ke Sabah tak jadi hari tue. Sepanjang 2 tahun lebih jugak mr hubby guna kredit card ni adalah tahun pertama statement balance kat kredit card akaun mancapai 1500. Sebelum ni banyak mana guna banyak tu la jugak bayar. Tapi hal ni terjadi sebab aku selalu sangkut gaji. Kadang dapat, kadang tidak, kadang separuh. Dalam kepala aku skang ni dah terfikir nak berhenti kejer jer kalau sampai tahun depan pun kewangan company macam ni jugak. Setakat hujung tahun ni tak nampak langsung bayang2 projek yang company dapat untuk tahun depan. Aku terfikir nak bekerja dari rumah jana pendapatan through internet mungkin. Aper2 pun aku berdoa rezki berpihak kepadaku untuk tawaran bekerja di F...RA. InsyaAllah..Aminnnn.
Actually nak citer pasal Jumaat jer tapi melalut pasal lain lak. Per2 pun Selamat Hari Jumaat semua dan ceria2 selalu sebab esok dah cuti kan. Minggu ni hanya akan menghabiskan sehari jer kat Rawang iaitu hari Sabtu. Then hari Ahad akan gerak ke Batu Caves coz Mr hubby akan admitted ward hari Ahad ni kat Hospital Ampang. Sakit aper??? Biar la jadi rahsia kami sekeluarga. Don't worry tak serius pun tp aper2 pun korang doakan my hubby cepat sembuh. So minggu depan aku kena drive lagi sendirian. Hu..hu..Buat masa skang aku dah rasa ok drive sendiri cuma aku paling tak tahan nak bawa syakil. Sangat la tak behave. Dia tak suka car seat or safety belt. Dah beberapa kali time aku drive dia terhantuk kat dashboard hu..hu.. Upah mainan pun tak jalan tetap nak tak duduk diam gak. Susah hati sangat bila fikir bawak keter sengsorang ni. Nak tak nak kena gak tempuh hal ni bila time emergency macam ni. So minggu ni macam last week gak rehat2 dirumah sajoq. Happy weekend semua kawan2 ku sayang........